Tuesday, March 23, 2010

Gold Bar Public Gold Mencipta Rekod “The Malaysia Book Of Record”







Dimulakan dengan kalimah Bismillahirrahminirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baiklah, untuk posting pembukaan blog ni, biar aku citer pasal satu pencapaian pertama di Malaysia oleh Public Gold.
Untuk pengetahuan korang, Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod “The Malaysian Book of Record” sebagai:
1. Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan gold barnya.
Gold bar yang diiktiraf adalah 20 gram, 50 gram dan 100 gram.
Tahniah kepada Public Gold kerana berjaya mendapat pengiktirafan daripada Malaysia book of Record

Mengapa pengiktirafan ketulenan emas penting?

Untuk pengetahuan korang, gold bar yang berjenama kesemuanya diiktiraf oleh Certified Assayer.
Assayer adalah orang yang menguji ketulenan logam berharga. Setelah assayer menjalankan ujikaji terhadap logam berkenaan dan berpuas hati
dengan ketulenan berkenaan, maka assayer tersebut akan menandatangani sijil pengesahan ketulenan emas berkenaan.
Contohnya gold bar yang terkenal dan berjenama seperti PAMP Suisse akan mempunyai “Assay Certificate“.
Ini adalah contoh gold bar yang disahkan ketulenannya oleh “Certified Assayer
PAMP Suisse lady Fortuna


PAMP Suisse dengan pink certificate

Gold bar Credit Suisse


Sijil ketulenan gold bar Public gold

Dengan adanya “Assay Certificate” maka pembeli boleh merasa yakin dengan kualiti emas yang dibeli.

Teknik Assay Emas

Terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh assayer untuk menguji ketulenan emas contohnya Flame Atomic Absorption Spectrometry Technique (bahasa ringkas Fire Assay) dan Induction Couple Plasma, icp-oes or icp-ms.
Untuk gold bar Public Gold, teknik yang digunakan adalah Flame Atomic Absorption Spectrometry Technique (Fire Assay).
fire_assay
Dalam kaedah ini, sampel gold bar akan diambil, dimasukkan ke dalam ketuhar dan dipanaskan sehingga 1064° C (suhu dimana emas akan melebur).
Kemudian emas yang melebur ini akan diuji ketulenannya dengan proses-proses tertentu.
(saya tak boleh cerita dengan details sebab teknikal sangat). Tapi anda boleh baca tentang fire assay (kat sini)

Tips: Bagaimana kita boleh menguji ketulenan emas?

Bagi orang biasa cara termudah untuk kita mengetahui ketulenan emas ialah dengan menggunakan mesin precious metal tester. Biasanya mesin ini ada di Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agro bank atau mana-mana Ar-Rahnu.
precious_metal_tester
Gambar precious metal tester
Contohnya jika korang membeli emas Public Gold dan mahu menguji ketulenannya,
pg_gold_bar_50gram
Gold bar Public Gold 50 gram
Mudah je.. bawa gold bar tersebut ke Ar-Rahnu, kemudian cakap macam nie:
“Saya bercadang nak gadai emas nie.. boleh tak encik tolong kira berapa saya boleh dapat?” jadi, pegawai Ar-Rahnu tadi akan uji emas korang dan beritahu ketulenan emas tersebut dan berapa jumlah yang akan korang dapat. Lepas tu kalau tak nak gadai.. just ucap terima kasih dan cakap… “terima kasih ye.. nanti saya fikir dulu…”
Kalau boleh elakkan dari cakap macam ni...
“Encik, saya nie baru beli emas nie.. entah tulen.. entah tidak…boleh tak encik tolong test emas nie.. tengok tulen ke tak tulen?”
Kalau cakap macam tu.. most likely pegawai Ar-Rahnu akan keberatan nak uji sebab korang bukan nak gadai kat diorang.
Buang masa diorang ajer…

Kesimpulannya.

First sekali aku ingin mengucapkan tahniah kepada Public Gold kerana telah mendapat pengiktirafan daripada The Malaysian Book of Record. Dengan pencapaian ini, ia sedikit sebanyak menaikkan nama Public Gold sebagai pengeluar gold bar yang berkualiti.
Bagi rakyat Malaysia, ia sedikit sebanyak memberikan keyakinan bahawa gold bar Public gold adalah setanding dengan gold bar terkemuka yang lain seperti PAMP Suisse. Jika korang berminat mendapatkan emas Public Gold, korang boleh menghubungi agen Public Gold yang berhampiran dengan tempat korang (check kat website Public Gold). Kalau area Shah Alam, Klang bole contact aku.
Ok then… Selamat membuat pelaburan emas.
artikel dipetik dari: jutawanemas.com

Klau nk order emas ke dinar ke bole terus ke sini ye.. Say No to Fiat Money!~
Related Posts with Thumbnails