Friday, July 23, 2010

Pengalaman Memajak Emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank

ar_rahnu_agro_bank
Assalamualaikum. Mungkin ada di antara kita yang bertanya;
Selain dari Bank Rakyat, di mana lagi aku boleh menggadaikan jongkong emas dan dinar emas aku?”
Ini kerana buat masa ini Bank Rakyat (BR) menghentikan seketika penerimaan jongkong emas dan syiling emas untuk digadaikan.
Jadi jawapannya ialah “Kita boleh gadai kat Ar-Rahnu Agrobank
Ini kerana Agrobank merupakan salah satu alternatif bagi mereka mereka yang hendak menggadaikan jongkong emas dan dinar emas.
Baiklah, untuk kali ini aku nak bercerita pengalaman menggadaikan emas di Ar-Rahnu Agrobank.

  

Kenapa Ar-Rahnu Bank Rakyat tidak menerima jongkong emas dan syiling emas?

Pegawai BR memaklumkan bahawa faktor utama mereka menghentikan penerimaan jongkong emas ialah kerana skim-skim pelaburan emas.
Skim-skim pelaburan emas ini menggunakan kemudahan Ar-Rahnu bagi menjalankan operasi mereka.
Pergh.. hebat betul penangan skim-skim pelaburan emas nie. Public Gold yang kena tempiasnya.
Jadi, bila Ar-Rahnu BR dah stop, maka pembeli gold bar dan dinar emas kena cari alternatif lain.
So, paling mudah ialah Ar-Rahnu Agrobank.


Bagaimana menggadaikan emas di Agrobank?

Pada 19/07/2010 aku telah menggadaikan jongkong emas Public Gold dan gelang tangan di Ar-Rahnu Agrobank Sungai Buloh, Selangor, iaitu;
1 keping jongkong emas 100 gram Public Gold (Au999)
-  1 utas gelang tangan isteri 22.95 gram (Au916)

Tujuan aku menggadaikan produk-produk ini ialah:
1. Untuk melihat samada berat dan ketulenan produk Public Gold adalah tepat
2. Untuk mendapat sedikit modal dan rolling untuk bisnes
3. Mendapat info lengkap tentang cara-cara menggadai di Agrobank
4. Melihat samada jongkong emas dan dinar diterima oleh Ar-Rahnu Agrobank.
Untuk menggadai di Agrobank – korang perlu membawa benda-benda berikut:
1. Jongkong emas / dinar emas
2. Sijil emas tersebut
3. Kad pengenalan pemajak.



Jongkong emas Public Gold 100 gram

Keputusan ujian ketulenan dan berat emas Public Gold.
Setelah ujian berat dan ketulenan dijalankan. Jongkong emas Public Gold 100g ini mempunyai berat dan ketulenan seperti di dalam certificate. Best :)
Berat 100 gram – tepat!

Surat pajak Ar-Rahnu Agro bank.

Ini adalah contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank.


Pengiraan.

Nilai pinjaman yang diberikan adalah 60% – 65% daripada nilai emas.
Jika korang memajak untuk kali pertama, korang akan mendapat 60%. Tetapi untuk kali kedua dan seterusnya korang boleh mendapat sehingga 65% daripada nilai emas.
Ini adalah pengiraan untuk 1 keping jongkong emas 100 gram yang dipajak:
Rate pajak pada hari itu ialah RM126.00 segram
Jadi, 100 gram x RM126.00  = RM12,600  nilai emas
Nilai pinjaman = 65% x RM12,600
                      = RM8,190.00
Jadi, Agrobank sepatutnya bagi aku RM8,190.00 tp malangnya Manager yg bertugas meluluskan pinjaman lebih dari RM5,000 belum masuk jd dorang hanya bagi RM5,000 sahaja.
Pengiraan upah simpan.
Korang boleh melihat maklumat Ar-Rahnu dan kadar upah simpan di dalam website Agrobank di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu 
Margin pinjaman Upah simpan sebulan
 50% ke bawah  RM0.50 / 100 
 50.1% sehingga 60%   RM0.60 / 100
 60.1%  sehingga 70%  RM0.75 / 100
Jadi, upah simpan yang dikenakan kat aku berdasarkan margin pinjaman <50% ialah:
(RM12,600/100) x 0.50 = RM63.00 sebulan
RM63.00 x 6 = RM378.00
Jumlah upah simpan selepas 6 bulan = RM378
Walaupun korang boleh pajak sehingga 6 bulan, korang boleh menebus emas tersebut lebih awal.
No problem. Klau kurang dari sebulan dorang akan kira by HARI...
Tapi kalau nak sambung pajak selepas 6 bulan, Ar-Rahnu Agrobank membenarkan korang sambung 3 bulan + 2 bulan.

Bagaimana cara menebus kembali emas?

Korang perlu membawa surat Ar-Rahnu ini bersama-sama wang pinjaman + upah simpan. Lepas tu buat pembayaran di kaunter. Kemudian dapatlah kembali emas korang.
.

Info-info lain yang perlu korang ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank.

Diantara maklumat lain yang perlu diketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank ialah:
1. Nilai pinjaman maksimum untuk setiap orang ialah RM50,000
2. Boleh meminjam RM10 000 sahaja sehari.
3. Kalau nak pinjam lebih RM10 000 maka kena datang lain esok.
3. Tempoh pajakan 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (kalau nak sambung pajak)
4. Tak semua cawangan Agrobank ada Ar-Rahnu.. Sila klik gambar di bawah utk check cawangan;


Kesimpulan.

1. Ar-Rahnu Agrobank adalah alternatif bagi mereka yang hendak memajak
   jongkong emas dan dinar emas.
2. Upah simpan Ar-Rahnu Agrobank adalah berpatutan
3. Alternatif terbaik selepas Ar-Rahnu Bank Rakyat.
4. Maklumat lanjut boleh dibaca di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu
5. Selain Agrobank, sebahagian Ar-Rahnu YAPEIM turut menerima gold bar
   dan dinar. Tapi kena check dan tanya (klik sini untuk maklumat)

credit to :- http://jutawanemas.com

Pe laie? Klau nk order emas ke dinar ke bole terus ke sini ye.. Say No to Fiat Money!~ 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails