Friday, December 24, 2010

ASB kah? Emas kah?


KUALA LUMPUR 21 Dis. - PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. - Utusan

Seronok eh? Dapat la bonus tahun ni 8.75% kalau korang ada ASB. Banyak ke? Maknanya kalau korang ada simpanan maksimum kat ASB bernilai 200k, dapat la dalam 15k++. Ok la tuh. Boleh cover duit simpanan dari di mamah inflasi. Inflasi lebih kurang 4-5% setahun. Kalau tahun ni ASB dapat 8.75%, emas pulak berapa eh? Jom tgk graf di bawah;


Graf Harga Emas (USD/Oz) dari 1 Januari 2010 - 22 Disember 2010
Setakat 22 Disember 2010, emas mencatatkan kenaikan sebanyak 27.72% sejak Januari 2010. Berapa kali ganda dari ASB yea? ;)

Kenapa aku pilih ASB? Sebab baru2 ni dorg umumkan dividen nya dan ASB yang paling rendah risiko (kira pesaing terdekat dgn emas la kononnya) sebab dijamin oleh kerajaan dan menjadi pilihan kita, para bumiputera.

Jadual Agihan Dividen dan Bonus ASB - dari Tahun 1991 - 2010

Graf Harga Emas (USD/Oz) dari Tahun 1991 - 2010

Jom kita bandingkan mereka:

1. Korang hanya boleh dapat full dividen HANYA DAN HANYA JIKA korang tak WITHDRAW duit dari akaun ASB korang tu. Kalau withdraw, perolehan untung adalah semakin bekurang. (profit base on pro rata).

2. Kalau emas pulak, katakan korang terdesak nak pakai duit. Takut ke nak pegi gadai sebab harga berkurang? Kurang apa, lagi naik adalah. Pegi pajak ke-ar-Rahnu, dapat cash serta merta. Tak perlu risau pasal dividen. Insya Allah lepas setahun nilai emas korang tetap tinggi selagi korang pegang emas tu (kena la tebus balik).

3. Kalau korang perhatikan jadual ASB tu, dividennya semakin lama semakin kurang. Pada tahun 90-an, pulangannya konsisten 10%++ tapi masuk je tahun 2001, dah kurang dari 10%. Padahal inflasi je dah cecah 5% setahun. Kalau zaman 90-an boleh dapat 10% ke atas, memang menarik sebab barang-barang time tu pon tgh murah, minyak murah. Tapi kalau zaman sekarang, kalau takat 8%, tolak 5% inflasi, cuma 3% je la.. Hmmm...

4. Emas? Secara purata kenaikan harga emas adalah dalam lingkungan 20-30% setahun. Boleh rujuk graf di atas atau tgk sendiri di laman web goldprice atau di laman web kitco.Cuba tgk dari gambar graf di atas, kenaikan emas dicatat sebanyak 261.75% dari Tahun 1991 sehingga ke hari ini!

Apa-apapun, tahniah la kepada korang yang mempunyai kedua-dua aset yg dibincangkan. Bersempena tahun baru yang akan datang ni, jom kita berazam untuk memperlbagaikan cabang portfolio kita. Korang pasti tak menyesal dengan tindakan menjadikan emas sebagai satu lagi cara investment korang. Yang mana yang dpt dividen tu, cuba amik skit keuntungan tu dgn beli emas, ckup sekadar membeli 1 dinar dahulu. Cuba simpan dan kita tengok bagaimana keputusan tahun depan...

Selamat Bercuti dan Berhati-hati di Jalanraya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails