Salam warga GuaEmas. Alhamdulillah kita masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah yang fana ni.. Alhamdulillah juge minggu lepas aku berjaya menebus kembali 100gram yg dipajak di Ar-Rahnu Agrobank di Sungai Buloh. Cerita pengalaman waktu memajak tu korang boleh refer kat sini: Pengalaman Memajak di Ar-Rahnu.
Invoice pembelian 3 x 1 dinar dan 3 x 20 gram |
Selepas memajak 100 gram, aku telah lock 3 x 20 gram dengan harga RM2,773 setiap satu dgn Public Gold, seperti gambarajah di atas pada 19 Julai 2010. Tapi memandangkan waktu aku pajak haritu aku cuma dpt RM5000, so aku kena tambah sikit duit.
Jumlah pembelian 3 x 20 gram = RM2,773 x 3 = RM8,319
Kos pengangkutan = RM 30
Kos keseluruhan = RM8,339
Kos yang perlu ditambah = RM8,339 - RM5,000 = RM3,339Selepas 4 bulan, iaitu pada 19 November 2010, aku telah menebus 100 gram tersebut, setelah berjaya menjual ketiga-tiga emas 20 gram tersebut dgn harga RM3,100 setiap satu! Maka dengan itu;
Jumlah jualan = RM3,100 x 3 = RM9,300
Upah simpan yang perlu dibayar kepada bank = RM63 (sebulan) x 4 bulan = RM252
Jumlah yg perlu dibayar pada Agrobank: RM5,000 + RM252 = RM5,252
Keuntungan = RM9,300 - (RM5,252 + RM3,339) = RM709!
Emas 100gram yang ditebus |
Amacam? Best tak? Dalam tempoh 4 bulan je dpt RM709. Terus aku lock Public Silver 250 gram dengan Public Gold. Demi kesenangan untuk masa depan, joli sakan terpaksa dilupakan ;) Ok, semoga entri kali ni memberi korang idea untuk memanupulasi teknik Ar-Rahnu ni. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment