Monday, June 28, 2010

Cek pertama

Alhamdulillah. Cek pertama dan skaligus hasil penjualan pertama aku dlm bisnes emas ni... Tahniah kepada pembeli yg dtg jauh dari Terengganu. hehe.. bukan semata2 nk beli emas ye, tp berjaya mengambil langkah bijak mempelbagai pelaburan. Cek diberi ditukarkan dgn emas bullion PG 50g, pd 24/06/10 dilock dgn harga RM7,168... harga sekarang? Berdasarkan website http://www.publicgold.com.my/ harga PG 50g adalah RM7,243! berapa hari je? sape nak bagi? Nak lagi teruja? Emas PG 50g ni jugak adalah emas pertama yg aku beli. Tarikh adalah 24/08/09. nak tau harga berapa? Cuma RM 5,706!!! hanya dlm 10 bulan aku dpt pulangan lebih kurang RM1,300!!! sape nk bagi? ni adalah emas nya;



hehe.. bergambar dgn "adik" beliau PG 20g...Klau nk order emas ke dinar ke bole terus ke sini ye.. Say No to Fiat Money!~

Wednesday, June 23, 2010

Public Gold in Action

Astro Awani




TV1




TV2




Public Gold Corporate Video



Klau nk order emas ke dinar ke bole terus ke sini ye.. Say No to Fiat Money!~

Thursday, June 17, 2010

Trofi FIFA World Cup

Salam..
Sekarang tgh rancak pasal bola - maklumler tgh World Cup 2010 kat South Africa. So apa kaitan ngan entry emas? hehe.. Ada jugak kan? Korg perasan tak trofi World Cup tuh, tau tak dia diperbuat daripada apa? Ni info dari Wikipedia;


"The trophy stands 36.5 centimetres (14.4 inches) tall and is made of 5 kg (11 lb) of 18 carat (75%) gold with a base (13 centimetres [5.1 inches] in diameter) containing two layers of malachite. It has been asserted that the trophy is hollow; if, as is claimed, it was solid, the trophy would weigh 70-80 kg and would be too heavy to lift.[9][10] Produced by Bertoni, Milano, it weighs 6.175 kg (13.6 lb) in total and depicts two human figures holding up the Earth..."

Ni fakta yg menarik;

"FIFA's regulations now state that the trophy, unlike its predecessor, cannot be won outright: the winners of the tournament receive a replica which is gold plated rather than solid gold."

Kalau nak teruskan bacaan boleh ke sini. Trofi tu dah mmg ada keistimewaan sendri, menjadi idaman setiap negara utk memilikinya. Pastu dibuat daripada emas plak tuh, walaupon cume emas 750 tp rupa2nya setiap tahun harga dia tetap melonjak berkadar langsung dgn harga emas.. Bayangkan kalau dorg guna emas 916 atau 999, aku rase FIFA sendri dah pegi gadai. hehehe...


Enjoy the World Cup season sambil2 monitor harga emas yg semakin hari semakin naik ni. Klau nk order emas ke dinar ke bole terus ke sini ye.. Say No to Fiat Money!~ dan juga, Katakan YA pada Bola dan Katakan TIDAK pada judi....

Thursday, June 3, 2010

Perkiraan Zakat Emas Perhiasan & Emas Simpanan

Daripada Zakaria Ismail, Admin www.putremas.com. Harap dapat membantu anda semua....

Zakat Emas Perhiasan
Syarat-syarat:
1. Islam
2. Merdeka
3. Sumber yang baik
4. Cukup nisab = 85gm
5. Cukup haul = 1 tahun masihi atau hijri
6. Sempurna milik.

Kadar = 2.5%

Uruf = Nilai minima yang dibenarkan untuk dipakai. Berbeza mengikut negeri. Perlu rujuk ke Pejabat Agama Negeri. Jika jumlah emas perhiasan yang dimikili kurang dari nilai uruf, maka tidak dikenakan zakat.

Kaedah Pengiraan:

1. Kira nilai minima simpanan selama tempoh setahun tersebut.
2. Nilai uruf yang diambil 100gm

Contoh:

(Berikut sampel nilai minima setiap bulan)

Jan - 110gm
Feb - 200gm
Mac - 150gm
Apr - 130gm
Mei -120gm
Jun - 130gm
Jul - 150gm
Ogos - 170gm
Sep - 190gm
Okt - 250gm
Nov - 200gm
Dis - 180gm

Diperhatikan bahawa nilai minima yang disimpan selama setahun ialah 110gm. Terdapat 2 kaedah pengiraan.

Kaedah 1: Pengiraan kesemua emas perhiasan

110gm x nilai emas semasa x 2.5%

Kaedah 2: Pengiraan emas perhiasan tolah uruf

(110gm -100gm) x nilai emas semasa x 2.5%




Zakat Emas Simpanan

Syarat-syarat:
1. Islam
2. Merdeka
3. Sumber yang baik
4. Cukup nisab = 85gm
5. Cukup haul = 1 tahun masihi atau hijri
6. Sempurna milik.

Kadar = 2.5%

Kaedah Pengiraan:

1. Kira nilai minima simpanan selama tempoh setahun tersebut.

Contoh:

(Berikut sampel nilai minima setiap bulan)

Jan - 100gm
Feb - 200gm
Mac - 150gm
Apr - 100gm
Mei -120gm
Jun - 130gm
Jul - 150gm
Ogos - 170gm
Sep - 190gm
Okt - 250gm
Nov - 200gm
Dis - 180gm

Diperhatikan bahawa nilai minima yang disimpan selama setahun ialah 100gm. Maka zakat yang perlu dikeluarkan ialah

100gm x nilai emas semasa x 2.5%


So disamping kita menyimpan emas tu, zakat jgn dilupakan sebab zakat menyucikan harta. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak ada seorang pun yang mempuyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hamba-Nya.”
Riwayat Muslim.

Klau nk order emas ke dinar ke bole terus ke sini ye.. Say No to Fiat Money!~  

Dinar Sebagai Mas Kahwin

Salam…..
Minggu depan dah start cuti sekolah. Bila dah musim cuti sekolah bermula , maka bermulalah musim orang kahwin. Bila dah tiba musim kahwin , emas menjadi pilihan sebagai cincin, barang hantaran ataupon mas kahwin. Boleh dikatakan setiap insan bergelar perempuan ingin menggunakan emas sebagai duit hantaran. Klaulah sebelum ni aku tau ada emas Public Gold ni mmg dah lama aku bg hantaran guna emas macam gambar2 kat bawah ni;





So aku cadangkan kepada korang yang akan mendirikan rumahtangga kelak, apa kata tukar duit hantaran / mas kahwin korang dari bentuk wang kertas ke bentuk jongkong emas / dinar emas. Mesti seronok punya , kalau mak mertua / bapak mertua tengok “ada gaya :) “.Kalau nak best lagi masa kad nikah tu ” jangan sebut ringgit malaysia tapi sebut dinar”. hehe.. Insya Allah emas ni akan datang, bila harga dah naik korang bole la gadai ke, jual ke utk kegunaan bila masa diperlukan / kesempitan. okeh! Selamat Pengantin Baru kepada sume yg bakal mendirikan rumahtangga dan Selamat Bertunang utk sume yg bakal bertunang. Klau nk order emas ke dinar ke bole terus ke sini ye.. Say No to Fiat Money!~

Tuesday, June 1, 2010

Faktor yang mempengaruhi harga emas dunia

 
Apakah faktor yang mempengaruhi harga emas dunia?

Topik ini huraiannya sangat panjang, tapi diringkaskan untuk memberi kefahaman kepada korang semua.
Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.
Macam saham dan lain-lain barang jugalah emas nie… kalau permintaan meningkat maka harganya akan naik, tapi bila permintaan menurun maka harganya menurun.

Permintaan emas di pasaran dunia.

Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.

Gambar: Carta permintaan terhadap emas di pasaran.
Sumber: http://www.marketknowledge.gold.org/
Permintaan  pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

Penawaran emas di pasaran dunia. 

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:

1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula

Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia.
Untuk pengetahuan anda semua, terdapat empat pasaran utama/terbesar emas didunia iaitu London, New York, Hong Kong dan Zurich (Switzerland).
Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat kat www.kitco.com

Bagaimana harga emas harian dibuka?

Ok, Kalau nak tahu bagaimana harga emas harian dibuka untuk dagangan, ini ceritanya…
Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London)  dan P.M fix (selepas lunch).
5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.
Ok, itu sahaja maklumat berkenaan faktor yang mempengaruhi harga emas.

Jika berminat dengan bacaan mendalam, sila download fail PDF ini:
1. Gold Market Knowledge – Supply and demand (Download)
2. Gold Prices and Pricing (Download)
Rujukan laman web:
1. http://www.marketknowledge.gold.org/

artikel dipetik dari: jutawanemas.com

Klau nk order emas ke dinar ke bole terus ke sini ye.. Say No to Fiat Money!~  
Related Posts with Thumbnails