Friday, July 23, 2010

Pengalaman Memajak Emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank

ar_rahnu_agro_bank
Assalamualaikum. Mungkin ada di antara kita yang bertanya;
Selain dari Bank Rakyat, di mana lagi aku boleh menggadaikan jongkong emas dan dinar emas aku?”
Ini kerana buat masa ini Bank Rakyat (BR) menghentikan seketika penerimaan jongkong emas dan syiling emas untuk digadaikan.
Jadi jawapannya ialah “Kita boleh gadai kat Ar-Rahnu Agrobank
Ini kerana Agrobank merupakan salah satu alternatif bagi mereka mereka yang hendak menggadaikan jongkong emas dan dinar emas.
Baiklah, untuk kali ini aku nak bercerita pengalaman menggadaikan emas di Ar-Rahnu Agrobank.

  

Kenapa Ar-Rahnu Bank Rakyat tidak menerima jongkong emas dan syiling emas?

Pegawai BR memaklumkan bahawa faktor utama mereka menghentikan penerimaan jongkong emas ialah kerana skim-skim pelaburan emas.
Skim-skim pelaburan emas ini menggunakan kemudahan Ar-Rahnu bagi menjalankan operasi mereka.
Pergh.. hebat betul penangan skim-skim pelaburan emas nie. Public Gold yang kena tempiasnya.
Jadi, bila Ar-Rahnu BR dah stop, maka pembeli gold bar dan dinar emas kena cari alternatif lain.
So, paling mudah ialah Ar-Rahnu Agrobank.


Bagaimana menggadaikan emas di Agrobank?

Pada 19/07/2010 aku telah menggadaikan jongkong emas Public Gold dan gelang tangan di Ar-Rahnu Agrobank Sungai Buloh, Selangor, iaitu;
1 keping jongkong emas 100 gram Public Gold (Au999)
-  1 utas gelang tangan isteri 22.95 gram (Au916)

Tujuan aku menggadaikan produk-produk ini ialah:
1. Untuk melihat samada berat dan ketulenan produk Public Gold adalah tepat
2. Untuk mendapat sedikit modal dan rolling untuk bisnes
3. Mendapat info lengkap tentang cara-cara menggadai di Agrobank
4. Melihat samada jongkong emas dan dinar diterima oleh Ar-Rahnu Agrobank.
Untuk menggadai di Agrobank – korang perlu membawa benda-benda berikut:
1. Jongkong emas / dinar emas
2. Sijil emas tersebut
3. Kad pengenalan pemajak.



Jongkong emas Public Gold 100 gram

Keputusan ujian ketulenan dan berat emas Public Gold.
Setelah ujian berat dan ketulenan dijalankan. Jongkong emas Public Gold 100g ini mempunyai berat dan ketulenan seperti di dalam certificate. Best :)
Berat 100 gram – tepat!

Surat pajak Ar-Rahnu Agro bank.

Ini adalah contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank.


Pengiraan.

Nilai pinjaman yang diberikan adalah 60% – 65% daripada nilai emas.
Jika korang memajak untuk kali pertama, korang akan mendapat 60%. Tetapi untuk kali kedua dan seterusnya korang boleh mendapat sehingga 65% daripada nilai emas.
Ini adalah pengiraan untuk 1 keping jongkong emas 100 gram yang dipajak:
Rate pajak pada hari itu ialah RM126.00 segram
Jadi, 100 gram x RM126.00  = RM12,600  nilai emas
Nilai pinjaman = 65% x RM12,600
                      = RM8,190.00
Jadi, Agrobank sepatutnya bagi aku RM8,190.00 tp malangnya Manager yg bertugas meluluskan pinjaman lebih dari RM5,000 belum masuk jd dorang hanya bagi RM5,000 sahaja.
Pengiraan upah simpan.
Korang boleh melihat maklumat Ar-Rahnu dan kadar upah simpan di dalam website Agrobank di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu 
Margin pinjaman Upah simpan sebulan
 50% ke bawah  RM0.50 / 100 
 50.1% sehingga 60%   RM0.60 / 100
 60.1%  sehingga 70%  RM0.75 / 100
Jadi, upah simpan yang dikenakan kat aku berdasarkan margin pinjaman <50% ialah:
(RM12,600/100) x 0.50 = RM63.00 sebulan
RM63.00 x 6 = RM378.00
Jumlah upah simpan selepas 6 bulan = RM378
Walaupun korang boleh pajak sehingga 6 bulan, korang boleh menebus emas tersebut lebih awal.
No problem. Klau kurang dari sebulan dorang akan kira by HARI...
Tapi kalau nak sambung pajak selepas 6 bulan, Ar-Rahnu Agrobank membenarkan korang sambung 3 bulan + 2 bulan.

Bagaimana cara menebus kembali emas?

Korang perlu membawa surat Ar-Rahnu ini bersama-sama wang pinjaman + upah simpan. Lepas tu buat pembayaran di kaunter. Kemudian dapatlah kembali emas korang.
.

Info-info lain yang perlu korang ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank.

Diantara maklumat lain yang perlu diketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank ialah:
1. Nilai pinjaman maksimum untuk setiap orang ialah RM50,000
2. Boleh meminjam RM10 000 sahaja sehari.
3. Kalau nak pinjam lebih RM10 000 maka kena datang lain esok.
3. Tempoh pajakan 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (kalau nak sambung pajak)
4. Tak semua cawangan Agrobank ada Ar-Rahnu.. Sila klik gambar di bawah utk check cawangan;


Kesimpulan.

1. Ar-Rahnu Agrobank adalah alternatif bagi mereka yang hendak memajak
   jongkong emas dan dinar emas.
2. Upah simpan Ar-Rahnu Agrobank adalah berpatutan
3. Alternatif terbaik selepas Ar-Rahnu Bank Rakyat.
4. Maklumat lanjut boleh dibaca di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu
5. Selain Agrobank, sebahagian Ar-Rahnu YAPEIM turut menerima gold bar
   dan dinar. Tapi kena check dan tanya (klik sini untuk maklumat)

credit to :- http://jutawanemas.com

Pe laie? Klau nk order emas ke dinar ke bole terus ke sini ye.. Say No to Fiat Money!~ 

Thursday, July 22, 2010

Produk Public Gold

Jongkong Emas 20gram
Berat: 20gram
Ketulenan Emas: 999
Panjang: 25mm
Lebar: 16mm
Ketebalan: 3mm
Jongkong Emas 50gram
Berat: 50gram
Ketulenan Emas: 999
Panjang: 37mm
Lebar: 24mm
Ketebalan: 3.5mm
Jongkong Emas 100gram
Berat: 100gram
Ketulenan Emas: 999
Panjang: 54mm
Lebar: 35mm
Ketebalan: 3mm

Syiling Emas 50gram
Berat: 50gram
Ketulenan Emas: 999
Diameter: 38mm
Ketebalan: 3mm
1 Dinar
Berat: 4.25gram
Ketulenan Emas: 916
Diameter: 18mm
Ketebalan: 0.72mm
5 Dinar
Berat: 21.25gram
Ketulenan Emas: 916
Diameter: 32mm
Ketebalan: 1.5mm
10 Dinar
Berat: 40.25gram
Ketulenan Emas: 916
Diameter: 38mm
Ketebalan: 2.18mm
Public Silver
Berat: 500gram / 1kg
Ketulenan Perak: 999
Public Jewellery
Tiada Workmanship charges!
Ketulenan Emas: 916
http://www.publicjewellery.com.my















Sunday, July 18, 2010

Jangkaan harga Emas



Salam. Seperti mana yang dijangkakan:-
Harga Emas pada bulan Jun-Julai akan berada pada tahap rendah (bulatan pada bulan Jun-Julai)
Harga Emas akan melonjak tinggi pada bulan Ogos nanti seperti yang dinyatakan di sini .
Harga harini rasanya bole dikatakan rendah sebelum trend menaik kembali pd bulan depan.
Tgk harga emas PUBLIC GOLD screenshot pada harini;


Kesimpulan:-
Beli Emas semasa harganya rendah, iaitu pada bulan akhir Jun-Julai.
Masa yang amat sesuai untuk membeli emas.
Setiap tahun harga Emas dijangkakan meningkat selepas Bulan Ogos.

Apapun, ni semua adalah jangkaan berdasarkan bukti-bukti yang dianalisis sendiri oleh kita manusia dan bukan SOTONG KURITA. hehe... Pe laie? Klau nk order emas ke dinar ke bole terus ke sini ye.. Say No to Fiat Money!~

Source:- http://goldsilver.com/newsletters/newsID/8580/ref/1
Credit to: http://bullion-and-dinar.blogspot.com/

Monday, July 12, 2010

Harga Emas Akan Melonjak Tinggi Bermula Ogos Setiap Tahun?

Salam. Biasanya kalau dah namanya jual emas, persoalan lazim yang selalu diajukan adalah seperti:-
"Bila masa yang elok nk beli emas ni?"
"Bila harga emas ini selalu naik?"
"Emas ni memang la menaik tapi tak tau beli masa elok nak beli!
Jadi di sini aku nk kongsikan Pergerakan Harga Emas dan Ramalan/Forecast Pergerakan Emas. Mungkin ini dapat membantu korang untuk mengenal pasti masa terbaik untuk membeli emas..

Di bawah adalah graf pergerakan Emas dari tahun 2000-2008
Mengikut graf,kenaikan Emas akan berlaku pada bulan Ogos!
Garisan merah menegak mewakili bulan Ogos
Garisan merah mendatar menunjukkan pergerakan harga daripada Ogos sehingga Disember


Mengikut graf diatas sepanjang 7 tahun, masa terbaik untuk membeli Emas adalah  sebelum tibanya bulan Ogos.

Ramai yang membeli sebelum Pergerakan Harga Emas  ini berlaku. Telah terbukti selama 7 tahun!

Tambahan:-
Disini aku lampirkan Forecast harga Emas bagi tahun 2010:-



credit to :- puteriemas.com & bullion-and-dinar.blogspot.com/
Pe laie? Klau nk order emas ke dinar ke bole terus ke sini ye.. Say No to Fiat Money!~ 

Friday, July 9, 2010

Kompilasi harga-harga emas di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baiklah, untuk posting kali ini dikongsikan link-link harga-harga emas yang berguna untuk rujukan kita bersama. Masih ada kawan-kawan yang bertanya emas-emas lain yang dijual di Malaysia ni dan ada jugak yang mencari-cari kat mana nak tengok harga emas.
Pertama sekali, kita kena tahu bahawa harga emas tidak dikawal oleh kerajaaan. Oleh yang demikian harganya berubah-ubah mengikut kehendak penjual emas tersebut.
Harga emas kat Malaysia nie biasanya dikira berdasarkan per gram atau per Troy Oz.


1 Troy Oz adalah bersamaan 31.1 gram.
Bagi dinar pula, 1 dinar bersamaan 4.25 gram emas 916 (22K).


Link-link harga emas.

1. Harga Harian Syiling Kijang Emas.
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
.

2. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html


3. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)
http://publicgold.com.my/


4. Harga Dinar Public Dinar (Public Gold)
http://www.publicdinar.com/

5. Harga Dinar Emas Kelantan
http://www.dinarkel.com/


7. Harga Emas Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia
http://www.fgjam.org.my/
8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving
www.maybank2u.com.my

9. Harga Dinar Emas IDG
http://www.medinamarket.com/Default.asp

10. Harga Emas dunia (spot gold)
http://www.kitco.com/charts/livegold.html

11. Harga Emas dunia (spot gold) dalam RM/gram
http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html

Artikal dipetik dari: http://jutawanemas.com

Untuk posting akan datang insya Allah aku akan kongsikan plak jenis-jenis pelaburan emas yang lain bagi mereka yang mungkin baru nak mengenali dunia emas ni. Dah xsabar nk order emas? hehe.. Bole2..
Klau nk order emas ke dinar ke bole terus ke sini ye.. Say No to Fiat Money!~

Monday, July 5, 2010

Harga Emas yg menjunam

Salam..pada 1/7/10 lalu telah berlaku kejatuhan harga emas yang drastik kerana kesan Non Farm Payroll pada Jumaat lepas menyebabkan matawang USD naik. Cuba tgk screenshot graf emas pada 1/7/10 pada waktu malam, time pasaran US aktif.


Dan ini harga emas PUBLIC GOLD screenshot pada hari tersebut;


Menarik eh harga tuh? "Abis tuh harga emas dah jatuh, rugi la camni??!" Rileks, sebagaimana yg kita semua sedia maklum, harga emas ni sentiasa naik utk tempoh masa akan datang. Secara ringkasnya, sekarang ni la masa nak buat pelaburan jangka masa pendek! (akan diceritakan pada post yg akan datang)

Pada 2 July 2010, harga emas dah naik balik sedikit. Lihat screenshot graf emas keesokan harinya….


Dan ini harga emas PUBLIC GOLD screenshot pada hari ni;


So takyah risau klau harga emas turun ok.. Klau sape2 yg arif pasal hal2 saham, mesti dorg tau waktu harga rendah adalah waktu yg paling best utk buat untung. Pe laie? Klau nk order emas ke dinar ke bole terus ke sini ye.. Say No to Fiat Money!~

Dinar Emas - Senjata Baru Umat Islam

Dinar Emas - Senjata Baru Umat Islam
Related Posts with Thumbnails