Monday, August 30, 2010

Sejarah Wang KERTAS Malaysia


Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas (aka Wang FIAT) Malaysia yang pertama pada tahun 1967,mengandungi jenis nilai 1, 5,10, 50 dan 100 dolar. Wang kertas jenis 1,000 dolar dikeluarkan pada 2 September 1968. Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai,iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama,berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia,dan ditandatangani oleh Gabenor BNM, Tun Ismail Bin Mohamed Ali.



Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometri.Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya,tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama.Contohnya perkataan "SA-PULOH" ditukarkan kepada " SE-PULUH" pada muka depan wang kertas jenis nilai $10.




Pada tahun 1976,langkah keselamatan tambahan,iaitu imej pendam(latent image) telah digunakan,dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut.









Pada awal tahun 1982,wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru.Tan Sri Aziz Bin Hj.Taha.Pada 1 September 1982,BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500.
  









Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia.Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama.Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota,saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas siri terdahulu.

Pada Februari 1996,BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM).


Justeru,mata wang jenis nilai RM1,RM5,RM10,RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru, selepas krisis ekonomi pada tahun 1998.

RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya.
 
Tidak lama kemudian,disebabkan munculnya duit syiling RM1 yang palsu,mata wang ini diberhentikan penggunaannya

 
Credit to Blog Cikgu Azrul

Bayangkan kalau ada orang simpan lagi note RM500 ataupun RM1000 sampai sekarang? Pastu gi kedai nk beli gula sekilo. Agak2 apa reaksi org kedai tu agaknya?
Kesimpulannya? Korang pikir2kan...

http://guaemas.blogspot.com/

Thursday, August 26, 2010

Sejarah wang

Salam kepada pembaca. Sambil-sambil kita seronok layan harga emas yang tgh naik ni, jom kita tambah ilmu mengenai Sejarah Wang di dunia ni;


Sejarah wang merupakan suatu perjalanan cerita yang menjangkaui tempoh ribuan tahun dan pada hari ini kajian saintifik mengenai wang dan sejarahnya dipanggil ilmu numismatik.



Wang kertas Malaysia yang terdapat dalam pelbagai not dan warna.

Salah satu ciri wang atau duit ia mestilah barang yang kurang penawaran atau sukar didapati. Banyak barang yang telah digunakan sebagai wang, daripada logam berharga dan cangkerang yang memang sukar dijumpai kepada rokok dan seterusnya wang yang dicipta manusia seperti wang kertas. Wang moden (dan kebanyakan wang purba juga) sebenarnya hanyalah sebagai simbol dalam erti kata lain, konsep abstrak. Hari ini, wang kertas adalah bentuk wang yang paling lazim digunakan. Walau bagaimanapun, benda-benda lain seperti emas atau perak mengekalkan kebanyakan ciri penting sebagai wang.

Kemunculan wang

Asal usul wang purba mungkin telah wujud sekurang-kurangnya 100,000 tahun dahulu. Sejarah perkembangan wang bermula dengan evolusi tamadun manusia itu sendiri iaitu kira-kira 2000 tahun sebelum masihi.

Sebelum kewujudan konsep wang, manusia menggunakan sistem barter tidak cekap. Oleh kerana ketidakpuasan manusia terhadap sistem tukar barang atau barter, maka satu sistem pertukaran yang menggunakan satu 'benda' sebagai perantaraan dicipta. Keupayaan wang membebaskan manusia dari kerumitan sistem barter membawa kepada penggunaan wang sebaik sahaja wujud barang yang boleh diterima umum.

Wang komoditi

Revolusi wang dimulakan dengan wang komoditi. Peringkat penggunaan wang komoditi bermula apabila masyarakat merasakan terlalu banyak kelemahan dalam sistem barter. Mereka mencari satu alat lain untuk menggantikan kelemahan tersebut dengan memilih satu alat yang sukar untuk diperolehi serta mempunyai nilai di kalangan masyarakat. Pada mulanya mereka memilih alat-alat seperti barang perhiasan untuk dijadikan sebagai alat pertukaran. Antara barang-barang yang digunakan ialah:

   1. Biji-biji manik (biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat, batu akik dan batu unam.)
   2. Kulit-kulit binatang
   3. Pedang
   4. Cerek (bahan tembaga)
   5. Tombak
   6. Tempayan (yang merupakan simbol atau status kekayaan pada era tersebut)
   7. Meriam kecil tembaga

Kemunculan duit syiling dan wang logam

Penemuan batu uji kecil membawa kepada penciptaan syiling berasaskan kepada bahan logam komoditi. Apa saja logam lembut boleh diuji ketulenannya di atas batu uji yang membolehkan seseorang mengira jumlah kandungan sesuatu logam dengan cepat dalam satu ketulan. Emas adalah logam lembut yang juga sukar didapati, padat dan senang disimpan. Kerana ini, penggunaan emas sebagai wang tersebar dengan cepat dari Asia Kecil, tempat di mana ia digunakan dengan meluas, ke seluruh dunia.

Wang logam dicipta untuk menggantikan wang komoditi yang kurang sesuai peranannya sebagai wang. Selain emas, antara logam yang pernah digunakan sebagai wang logam adalah besi, timah, perak dan tembaga. Antara logam-logam ini, emas dan perak merupakan logam yang paling popular dan diguna secara meluas di seluruh dunia.

Denarius, wang semasa zaman Rom purba, adalah syiling perak.  
Wang kertas

Wang kertas diperkenalkan untuk mengatasi kelemahan wang logam yang berat untuk menjalankan urusniaga. Wang kertas pada mulanya dalam bentuk satu resit yang digunakan sebagai bukti simpanan emas dan perak dengan tukang emas. Resit ini secara tidak langsung memberitahu bahawa ia boleh ditukarkan kepada duit syiling emas dan perak yang sebenar.

Piawaian Emas (1880-1914)

Sistem kewangan yang digunakan kira-kira pada tahun 1880 hingga tercetusnya Perang Dunia I dikenali sebagai Gold Standard atau piawaian emas. Ciri utamanya ialah ia merupakan sistem kadar pertukaran tetap yang nilai paritinya ditetapkan berdasarkan kepada nilai emas.

Melalui sistem ini, emas diperlukan hanya sebagai aset rizab. Wang kertas boleh ditukarkan kepada emas di bank pengeluar pada nisbah tertentu.

Tempoh antara peperangan (1918-1939)

Ketika meletusnya Perang Dunia I, keperluan kewangan menjadi amat besar dan hanya dapat dipenuhi dengan pengeluaran lebih banyak wang. Bagi mengelakkan kesan yang tidak diingini kepada pasaran domestik, kebanyakan negara membatalkan peraturan piawaian emas. Pada 1933 hanya lima negara yang dikenali Gold Bloc (Perancis, Belgium, Belanda, Itali dan Switzerland) masih mengamalkan piawaian emas. Namun pada 1936 sistem ini berakhir apabila berlaku penurunan nilai matawang Perancis dan Switzerland.




Wang fiat

Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada rizab komoditi. Nilai wang fiat diberikan melalui perintah kerajaan yang menguatkuasakan wang fiat sebagai tender sah di sisi undang-undang di mana si penghutang boleh membayar hutang mereka dengan wang fiat tanpa perlu risau tidak diterima.

Pada tahun 1971, Amerika Syarikat bertukar kepada wang fiat. Pada ketika inilah, kebanyakan ekonomi negara-negara maju menyandarkan mata wang mereka kepada dolar Amerika Syarikat (lihat Persidangan Bretton Woods). Dengan ini kebanyakan ekonomi negara barat dan dunia keseluruhannya bertukar kepada sistem yang berasaskan wang fiat.

Wang kredit

Wang kredit muncul bersama dengan kemunculan wang fiat dan wang komoditi. Kebanyakan bentuk wang dalam sistem ekonomi barat adalah wang kredit yang berasal dari wang fiat.

Penggunaan wang kredit berkembang dengan kemunculan kad kredit yang membolehkan orang ramai membeli secara kredit tanpa perlu wang yang banyak. Dalam sistem ekonomi moden, bank akan meminjamkan wang melebihi dari rizab yang ia ada pada sesuatu masa. Dengan melakukan perkara ini, bank akan meningkatkan bekalan wang melebihi jumlah wang fiat yang ada. Walaupun bank tidak mempunyai wang fiat yang cukup jika sekiranya penyimpan mahu mengeluarkan semua wang mereka dalam akaun semasa (wang kredit), kebanyakan transaksi adalah dilakukan melalui cek atau secara elektronik.



Artikel diperik dari Wikipedia

"Tepuk dada, tanya selera..."

Friday, August 20, 2010

Individu Pertama Guna Dirham Kelantan

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Mimi Aminah Wan Nordin, 27, antara individu yang terawal menggunakan sistem dinar dan dirham yang diperkenalkan Kerajaan Kelantan, Khamis lalu.
Ketika ditemui di Pasar Siti Khadijah, semalam, Mimi Aminah berkata, beliau menyokong sepenuhnya penggunaan dinar dan dirham yang digunakan pada zaman pemerintahan Islam kerana dapat menjauhi amalan riba yang berlaku dalam sistem mata wang biasa.
“Kita mengetahui kita didedahkan dengan amalan riba yang berlaku dalam sistem mata wang biasa, bila mengetahui Kerajaan Negeri yang mahu menggunakan sistem dinar saya teruja untuk mempraktikkannya,” katanya yang mengajar dalam bidang kejuruteraan.


Dua hari lalu, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian, termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.
Kira-kira 1,000 peniaga di bandar ini dilaporkan bersetuju untuk menerima
dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka. Dinar dan dirham itu dikeluarkan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.
Terdahulu, PMBK mengadakan sesi penerangan kepada peniaga di Pasar Siti Khadijah berkenaan penggunaan mata wang tersebut dalam urusan jual beli.
Mimi berkata, masa depan penggunaan dinar dan dirham cerah memandangkan ia telah terbukti berjaya semasa diamalkan semasa pemerintahan Islam satu ketika dahulu.
Sementara peniaga kain, Rohasliza Ibrahim, 30, berkata, dia tidak bermasalah malah teruja untuk menggunakan dinar dan dirham bagi tujuan perniagaannya.
Namun katanya, sistem itu perlu dipromosikan kerana ramai lagi usahawan serta orang ramai tidak mengetahui prosedur yang patut digunakan dalam urusan jual beli menggunakan amalan tersebut.- Sinar Harian

p/s: bila lagi nak start pakai kat negeri lain?

Tuesday, August 17, 2010

Kelantan Lancar Matawang Syariah Dinar dan Dirham

KAKITANGAN Permodalan Kelantan Berhad, Ruzaini Yaakub, 24, menunjukkan mata wang syariah Dinar Emas dan Perak Dirham Kelantan yang nilainya mengikut berat syiling pada Majlis Pelancaran Mata Wang Dinar Emas dan Perak Dirham yang disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC) di Kota Bharu, hari ini. – Foto Syamsi Suhaimi – Berita Harian Online.


KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC). Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.
Gambar: Tuan Guru menyampaikan logo dinar kepada peniaga yang menerima mata wang dinar dirham untuk jual beli.

Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.
Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.
Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.
Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.
Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.
Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM100,000 telah dibeli orang ramai.- Harakah Daily

Friday, August 13, 2010

Emas Mendominasi


Salam.. Seperti screenshot yg diambil dari kitco.com, emas sedang dlm perjalanan menuju puncak. hehe. Ini disebabkan perubahan pada "Predominant Buying" yang agak ketara dari awal malam tadi (awal pagi waktu US). Kalau ikut grafnya, mmg nampak emas sedang meninggalkan jarak 1200, selepas mengalami fasa downtrend yang agak lama sebulan yang lepas. Bermula 2 Ogos 2010 lalu, harga emas telah ada menunjukkan tanda-tanda perubahan trend yang ketara, dan apabila diamati, insya Allah dijangka kali ini emas sedang dalam fasa permulaan untuk kembali ke fasa uptrend, harap2 begitulah hendaknya... ni graf pada malam ni;


Klik pada gambar untuk besarkan


Tgk harga emas PUBLIC GOLD screenshot pada pukul 10.35 malam;



So masih sempat lagi kalau nak order sebelum emas ni meninggalkan harga 1200 jauh ke blakang dan menuju ke 2000! hehe... insya Allah. Nanti nak dekat raya agak2 berapa harga dia bole pergi yea? Aku mmg nk kena belajar dgn pakar pasal graf ni.. Klau nk order emas ke dinar ke bole terus ke sini ye.. Say No to Fiat Money!~

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadan

Salam Ramadan kepada semua.
Semoga Ramadan kali ini membawa seribu rahmat dan barakah.
Di samping berbisnes tu jgn dilupakan sanak saudara yg kesusahan.
Mohon Maaf Zahir & Batin,
dari kami sekeluarga..

Monday, August 2, 2010

Awas! - Skim Pelaburan Emas

http://jutawanemas.com/v1/wp-content/uploads/say_no_to_skim_pelaburan_emas1.jpg

Pada 8/2/2010 – 9/2/2010 Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama), surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian telah melaporkan kejadian 60 pelabur kerugian sehingga RM25 juta akibat melabur di dalam skim pelaburan emas.
http://jutawanemas.com/v1/wp-content/uploads/bernama_news_skim_pelaburan_emas.jpg
Laporan Bernama berkenaan penipuan skim pelaburan emas.
Dalam perniagaan / pelaburan, jangan sesekali mempercayai pulangan yang tetap setiap bulan. Boleh dikatakan semua perniagaan / pelaburan / mlm yang “menjanjikan” pulangan setiap bulan terkubur di tengah jalan / penipu. Lagipon ni pelaburan yg mendapat pulangan yg tetap setiap bulan adalah riba mengikut islam.Sebenarnya ciri ini juga telah diputuskan haram secara sepakat Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia pada tahun 1992 yang mewartakan :
"إنه لا يجوز في المضاربة أن يحدد المضارب لرب المال مقداراً معيناً من المال , لأنه يتنافى مع حقيقة المضاربة ولأنه يجعلها قرضاً بفائدة"
 
"Sebarang pelaburan yang mana pihak pengusaha (mudarib atau syarikat) menjamin satu kadar pulangan tertentu kepada pelabur (peserta), maka ia adalah haram oleh kerana ia telah menukar sifat pelaburan secara Islam kepada elemen pinjaman dengan janji faedah Riba" ( Majma Fiqh Al-Islami, Qarar wa Tawsiat) 

Pelaburan emas sememangnya merupakan pelaburan yang sangat selamat dan menguntungkan.
Tetapi korang kena tahu cara membuat pelaburan emas yang betul.
Kalau tersalah langkah, tak pasal2 boleh terjebak di dalam skim pelaburan emas.
Walaupun skim pelaburan emas telah menipu pelabur sejak Januari 2009, namun masih ramai yang masih terjebak dengan skim pelaburan emas.
Faktor-faktor di bawah yang mendorong orang ramai terjebak dgn skim2 pelaburan emas ni;
1. Tamak – nak untung cepat
2. Tiada pengetahuan mengenai pelaburan emas
3. Mudah percaya kata-kata dan janji-janji manis penganjur skim.

Kesimpulan:
1. Mulai hari ini, kita elakkan skim pelaburan emas hatta skim-skim cepat kaya.
2. Pelaburan emas yang betul adalah selamat, teguh dan lumayan.
3. Kalau nak ilmu emas dengan cepat, baca semua artikel blog2 mengenai emas, buku2 dan yg seumpama dgnnya.


So mulakan dgn pelaburan emas yang sebenar. Klau nk order emas ke dinar ke bole terus ke sini ye.. Say No to Fiat Money! and No to SKIM PELABURAN EMAS / SKIM CEPAT KAYA!~

Sunday, August 1, 2010

Public Gold di akhbar Kosmo! 27 Julai 2010

Lebih Mahal Disimpan Lama 

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my


DI SEBALIK bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas.

Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting.
Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga.

Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. 
 Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.

"Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik.
"Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.


Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. 
Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.
Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.
Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. 

Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.
Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.

"Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.

Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah. 

Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).
 KETULENAN emas boleh diuji sebelum bersetuju untuk membeli.

"Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia.
"Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing" terangnya.
Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.

Konsep kekayaan

Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar.
Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan.
"Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman.Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.

Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi.
Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan.
"Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya.Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya.


Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. 
Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit.
Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan.
Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan.
Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh.


Mas kahwin 

     NADIAH menerima hantaran mas kahwin dinar emas daripada suaminya, Wan Azmir
 
Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.
Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.
Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan. 
"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat."
"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa).

Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran.
Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas.
Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh.

"Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Pe laie? Klau nk order emas ke dinar ke bole terus ke sini ye.. Say No to Fiat Money!~
Related Posts with Thumbnails