Wednesday, November 24, 2010

Jom kira untung


Salam warga GuaEmas. Alhamdulillah kita masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah yang fana ni.. Alhamdulillah juge minggu lepas aku berjaya menebus kembali 100gram yg dipajak di Ar-Rahnu Agrobank di Sungai Buloh. Cerita pengalaman waktu memajak tu korang boleh refer kat sini: Pengalaman Memajak di Ar-Rahnu.

Invoice pembelian 3 x 1 dinar dan 3 x 20 gram


Selepas memajak 100 gram, aku telah lock 3 x 20 gram dengan harga RM2,773 setiap satu dgn Public Gold, seperti gambarajah di atas pada 19 Julai 2010. Tapi memandangkan waktu aku pajak haritu aku cuma dpt RM5000, so aku kena tambah sikit duit.
Jumlah pembelian 3 x 20 gram = RM2,773 x 3 = RM8,319
Kos pengangkutan  = RM 30
Kos keseluruhan = RM8,339
Kos yang perlu ditambah =  RM8,339 - RM5,000 = RM3,339
Selepas 4 bulan, iaitu pada 19 November 2010, aku telah menebus 100 gram tersebut, setelah berjaya menjual ketiga-tiga emas 20 gram tersebut dgn harga RM3,100 setiap satu! Maka dengan itu;
Jumlah jualan = RM3,100 x 3 = RM9,300
Upah simpan yang perlu dibayar kepada bank = RM63 (sebulan) x 4 bulan = RM252
Jumlah yg perlu dibayar pada Agrobank: RM5,000 + RM252 = RM5,252

Keuntungan = RM9,300 - (RM5,252 + RM3,339) = RM709!
Emas 100gram yang ditebus

Amacam? Best tak? Dalam tempoh 4 bulan je dpt RM709. Terus aku lock Public Silver 250 gram dengan Public Gold. Demi kesenangan untuk masa depan, joli sakan terpaksa dilupakan ;) Ok, semoga entri kali ni memberi korang idea untuk memanupulasi teknik Ar-Rahnu ni. Selamat mencuba!

Monday, November 15, 2010

Inflasi buatan Amerika Syarikat


KUALA LUMPUR 14 Nov. - Malaysia dijangka berhadapan kenaikan inflasi berikutan peningkatan kecairan yang tinggi selepas Amerika Syarikat (AS) menyuntik AS$600 bilion (RM1.8 trilion) bagi merangsang ekonomi negara itu.
Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, perkara itu berlaku kerana AS pasti mengintai peluang pelaburan di negara-negara yang mampu memberi pulangan tinggi melalui kadar faedah seperti di negara-negara baru muncul termasuk Malaysia.
Menurut beliau, sebenarnya Malaysia mulai merasai peningkatan kecairan dengan kenaikan pasaran tempatan dan dijangkan berlaku permintaan mendadak terhadap sektor hartanah tempatan.
''AS akan melimpahkan duitnya ke seluruh dunia kerana negara itu tidak boleh melabur dalam negaranya sendiri memandangkan kadar faedah negara itu hampir sifar peratus,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Tambah beliau, peningkatan kecairan akibat kemasukan dolar AS itu dijangka meningkatkan permintaan terhadap pembelian barangan dan keadaan itu dikhuatiri akan mengakibat peningkatan inflasi, ujar beliau.
Kadar inflasi negara setakat Ogos lalu adalah 2.1 peratus.
Bagaimanapun, MIER yakin Bank Negara Malaysia (BNM) memantau perkembangan itu secara dekat bagi membolehkan langkah-langkah awal dilaksanakan.
Baru-baru ini, bank pusat itu melaksanakan nisbah maksimum pinjaman berdasarkan nilai (LTV) dengan mengumumkan para pembeli yang mahu memiliki rumah ketiga dan seterusnya, hanya boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 70 peratus daripada nilainya.
Peraturan yang berkuatkuasa serta merta itu, bagaimanapun tidak menjejaskan kemudahan pembelian rumah pertama dan kedua.
BNM menjelaskan, langkah baharu itu bertujuan menyokong pasaran hartanah supaya terus stabil dan mampan, selain memastikan orang ramai akan mampu membeli rumah.
Sementara itu, mengulas mengenai unjuran pertumbuhan ekonomi yang perlahan pada 2011 oleh Bank Dunia, Dr. Zakariah berkata, jangkaan tersebut adalah hampir selari dengan MIER dan kerajaan.
Bank Dunia menjangkakan Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.8 peratus, lebih rendah daripada unjuran kerajaan antara lima hingga enam peratus, manakala MIER pula 5.2 peratus.
Menurut beliau, kelembapan itu disebabkan oleh krisis kewangan yang berpanjangan di negara-negara kuasa besar.
Jelasnya, tanda-tanda kelembapan sebenarnya sudah pun dirasai pada suku ketiga dan keempat dengan kadar pertumbuhan eksport menyusut.
''Sebagai sebuah negara pengeksport, krisis ekonomi yang berpanjangan ini memang menjejaskan Malaysia.
''Barangan kita biasanya dibeli oleh Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat tetapi apabila ekonomi-ekonomi negara ini semakin lesu menyebabkan keupayaan mereka semakin terhad, sekali gus menjejaskan ekonomi kita.
''Situasi ini sebenarnya sudah berlaku pada suku ketiga apabila kadar pertumbuhan eksport menyusut. Ini bermakna pengimport kurang membeli barangan kita,'' ujarnya.
Bagaimanapun, Dr. Zakariah menjangkakan keadaan itu tidak begitu teruk berbanding semasa krisis subprima kerana ia telah mengakibatkan Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi sebaliknya ia hanya berbentuk 'down swing' sahaja.
Tambahnya, setakat ini kerajaan telah mengambil langkah dan pendekatan terbaik untuk menyerap permasalahan ekonomi di luar seperti mengukuhkan sistem kewangan dan institusi perbankan tempatan.
''Yang menjadi kebimbangan kita adalah faktor luaran kerana kita tidak dapat memastikan gelora yang berlaku dan sukar untuk membuat jangkaan secara tepat.
''Contohnya soal peperangan mata wang kerana apabila ia disebabkan ketidakseimbangan global, masalah ini tidak boleh kita selesai dan sebenarnya Malaysia tidak ada kuasa. Ini bergantung kepada pelakon-pelakon besar seperti AS, Eropah, China dan Jepun,'' tambah beliau.
Dr. Zakariah menambah, keutamaan Malaysia sekarang adalah menumpukan kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerana ia menentukan struktur dan hala tuju baru ekonomi negara dalam jangka panjang.
Jelasnya, ini kerana tumpuan kepada ekonomi bukan hanya untuk 2010 dan 2011, sebaliknya kelangsungan bagi tahun-tahun mendatang.
''Hebat atau tidak, kita yang menentukannya untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, kita telah 'memulakan permainan itu dan kita perlu bekerja untuk memenanginya'.
''Untuk menjayakannya semua pihak perlu serius melaksanakannya memandangkan ia bukan mudah kerana di tengah-tengah proses itu, dunia mungkin sekali lagi berhadapan dengan krisis,'' katanya.

Petikan Utusan Malaysia Online

Hayati Jadual di atas dan renungkan bersama
Inflasi matawang stakat Ogos 2.1%, emas plak stakat harini, hmm MENAIK sebyk 23.45%!. Bole rujuk sini: http://goldprice.org/. Renung2kan...

Thursday, November 11, 2010

Mak Oi - Harga Emas...!

HARGA JUALAN DI KEDAI EMAS

Harga di atas adalah harga terkini jualan di kedai2 emas. Esok cuba pegi kedai emas faveret korang pastu tanye tokey berapa harga emas terkini? Mesti dia tersenyum lebar dalam hati...

** CUBA BANDINGKAN DGN HARGA EMAS PUBLIC GOLD?  

Ni website untuk barang2 kemas keluaran Public Gold: http://www.publicjewellery.com.my/
Jangan terbeliak tgk harga yg ditawarkan ye... kalau nak order sila tgk kat sebelah kiri web ni or refer here: Langkah Membeli

Wednesday, November 10, 2010

Salam. Berita baik untuk semua pembaca yg nak belajar cara2 menganalisa harga emas.Seperti yang dijanjikan, hari Isnin lepas adalah hari pelancaran ebook “Teknik-teknik Hebat Analisis Teknikal Untuk Pasaran Emas – Panduan Lengkap Menggunakan Perisian Meta Trader 4.
Bagi mereka tidak sabar-sabar untuk memiliki ebook ini, sekarang ialah untuk memilikinya. hihi..


Cara termudah membuat analisis teknikal terhadap pasaran emas ialah dengan menggunakan perisian Meta Trader 4. Perisian ini sangat hebat dan begitu mudah digunakan. Apa yang menarik ialah perisian ini mengandungi indikator-indikator (petunjuk) yang telah tersedia.
Korang hanya perlu tahu bagaimana mencari dan memanipulasikan petunjuk-petunjuk ini. Selepas itu korang boleh melihat trend harga emas dengan sangat jelas.


Gambar: Antaramuka Perisian Meta Trader 4
Siapa yang patut membeli ebook ini?

Ebook ini patut dibeli oleh:
1. Mereka yang ingin memaksimakan keuntungan daripada pelaburan emas
2. Mereka yang inginkan panduan mengenalpasti buying opportunity
3. Mereka yang ingin mengetahui indikator-indikator yang boleh membantu
4. Mereka yag berminat dengan ilmu-ilmu berkenaan analisis teknikal
5. Mereka yang inginkan mendapat bimbingan daripada pakar analisis teknikal.


Berapakah harga ebook ini?
Ebook ini akan dijual pada harga RM80. Ini kerana sekali korang membeli ebook ini, korang akan mendapat FREE update untuk selama-lamanya (tetapi sekarang ada harga promosi pelancaran)

Promosi harga pelancaran! RM50 sahaja!



Sebagai promosi pelancaran, ebook ini dijual pada harga RM50 untuk tempoh 7 hari mulai 8/11/2010 sehingga 14/11/2010.

Untuk artikel penuh, cara membeli dan info2 lain korang bole rujuk kat website En. Syukor: http://jutawanemas.com
Beliau ada buat promosi besar-besaran untuk keluaran e-book kali ni. Jangan lepaskan peluang!
Jom tambah ilmu emas korang!

Sunday, November 7, 2010

Seminar Pelaburan Emas percuma untuk korang


Salam. Walaupun dalam zaman millenium ni sume benda kena bayar, sume benda dah NAIK, (termasukla harga emas yg hampir mencecah USD1400/Oz!) tp berterima kasih kepada pihak Public Gold dan speaker jemputan khasnya En. JutawanEmas kita, En. Syukor kerana sudi menyediakan seminar emas PERCUMA kepada kita semua. Untuk pengetahuan korang seminar ini memang superb! Kalau ikut seminar-seminar sebelum ni, ramai yang berpuas hati dan sedar dengan ilmu-ilmu yang dikongsi. Ini kerana En. Syukor lebih menumpukan kepada educational knowledge dan setiap orang yang hadir ke seminar ini sedar akan kelebihan dan kepentingan emas.Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas!

Jadual seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.

Ok, ini jadual seminar untuk bulan November 2010.

Hari Masa Tajuk Negeri Tempat
Sabtu
.
06/11/2010
10.30 pagi – 12.30 tgh p/s: Malam takde seminar Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 
Isnin
.
08/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani
Selasa
.
09/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Perak (Ipoh) Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak
Rabu
.
10/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Penang Public Gold Bishop Street Branch No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
Khamis
.
11/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Bentong,Pahang Restoran TMK,
P32, Pusat Perniagaan Bentong Maju
Jumaat
.
12/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuantan,Pahang Tempat akan diumumkan kelak.
Sabtu
.
13/11/2010
3.00 petang –5.00 petang Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 
Ahad
.
14/11/2010
.
(ada 2 sesi)
.p/s: pilih salah satu sesi ajer sebab seminar yang sama.
Sesi I
.
3.00 petang  – 5.00 petang
.
Sesi II
.
8.30  malam  – 10.30 malam
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Johor Bahru Public Gold Taman Perling Branch
45A & B, Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor.
Ahad
.
21/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kelantan Public Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank)
Isnin
.
22/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuala Terengganu Tempat akan dimaklumkan  kelak


So ajakla kaum keluarga, jiran tetangga, sahabat handai sume2 dtg ramai2 dengar seminar yang sangat2 menguntungkan bagi sesapa yg belum terbuka minda untuk mengetahui pasal pelaburan emas ni. Perkara ni diakui sendiri oleh En. Syukor di mana kebanyakan peserta seminar sebelum ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.


Tgkla gambar pada seminar yang lepas di Sunway;






ada banyak lagi gambar2 di sini -> jutawanemas.com

p/s: pelancaran ebook bertajuk “ Teknik-teknik Hebat Analisis Teknikal Untuk Pasaran Emas – Panduan Lengkap Menggunakan Platform Meta Trader4″ akan dilancarkan esok, hari ISNIN pada 9.30am. Kalau korang berminat nak belajar teknik analisa harga emas, korang sgt2 digalakkan utk mendapatkan ebook ni. Aku pon nk sambar satu! Ok, see you later alligator ;)
 

Related Posts with Thumbnails