Friday, December 24, 2010

ASB kah? Emas kah?


KUALA LUMPUR 21 Dis. - PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. - Utusan

Seronok eh? Dapat la bonus tahun ni 8.75% kalau korang ada ASB. Banyak ke? Maknanya kalau korang ada simpanan maksimum kat ASB bernilai 200k, dapat la dalam 15k++. Ok la tuh. Boleh cover duit simpanan dari di mamah inflasi. Inflasi lebih kurang 4-5% setahun. Kalau tahun ni ASB dapat 8.75%, emas pulak berapa eh? Jom tgk graf di bawah;


Graf Harga Emas (USD/Oz) dari 1 Januari 2010 - 22 Disember 2010
Setakat 22 Disember 2010, emas mencatatkan kenaikan sebanyak 27.72% sejak Januari 2010. Berapa kali ganda dari ASB yea? ;)

Kenapa aku pilih ASB? Sebab baru2 ni dorg umumkan dividen nya dan ASB yang paling rendah risiko (kira pesaing terdekat dgn emas la kononnya) sebab dijamin oleh kerajaan dan menjadi pilihan kita, para bumiputera.

Jadual Agihan Dividen dan Bonus ASB - dari Tahun 1991 - 2010

Graf Harga Emas (USD/Oz) dari Tahun 1991 - 2010

Jom kita bandingkan mereka:

1. Korang hanya boleh dapat full dividen HANYA DAN HANYA JIKA korang tak WITHDRAW duit dari akaun ASB korang tu. Kalau withdraw, perolehan untung adalah semakin bekurang. (profit base on pro rata).

2. Kalau emas pulak, katakan korang terdesak nak pakai duit. Takut ke nak pegi gadai sebab harga berkurang? Kurang apa, lagi naik adalah. Pegi pajak ke-ar-Rahnu, dapat cash serta merta. Tak perlu risau pasal dividen. Insya Allah lepas setahun nilai emas korang tetap tinggi selagi korang pegang emas tu (kena la tebus balik).

3. Kalau korang perhatikan jadual ASB tu, dividennya semakin lama semakin kurang. Pada tahun 90-an, pulangannya konsisten 10%++ tapi masuk je tahun 2001, dah kurang dari 10%. Padahal inflasi je dah cecah 5% setahun. Kalau zaman 90-an boleh dapat 10% ke atas, memang menarik sebab barang-barang time tu pon tgh murah, minyak murah. Tapi kalau zaman sekarang, kalau takat 8%, tolak 5% inflasi, cuma 3% je la.. Hmmm...

4. Emas? Secara purata kenaikan harga emas adalah dalam lingkungan 20-30% setahun. Boleh rujuk graf di atas atau tgk sendiri di laman web goldprice atau di laman web kitco.Cuba tgk dari gambar graf di atas, kenaikan emas dicatat sebanyak 261.75% dari Tahun 1991 sehingga ke hari ini!

Apa-apapun, tahniah la kepada korang yang mempunyai kedua-dua aset yg dibincangkan. Bersempena tahun baru yang akan datang ni, jom kita berazam untuk memperlbagaikan cabang portfolio kita. Korang pasti tak menyesal dengan tindakan menjadikan emas sebagai satu lagi cara investment korang. Yang mana yang dpt dividen tu, cuba amik skit keuntungan tu dgn beli emas, ckup sekadar membeli 1 dinar dahulu. Cuba simpan dan kita tengok bagaimana keputusan tahun depan...

Selamat Bercuti dan Berhati-hati di Jalanraya...

Wednesday, December 15, 2010

Seminar Pelaburan Emas Percuma Lagi - Disember 2010

Salam.. So macam mana tgk harga emas skarang? Geram kan? Kejap naik kejap turun, dah elok-elok macam nak naik, pastu turun balik. Bukan sikit2 tapi banyak jugak. Kena tengok apa yang berlaku sekarang, dari segi krisis matawang, keadaan ekonomi, faktor pengangguran dan sebagainya. Semua menjadi punca kenaikan dan penurunan emas ni. Kalau segi teknikalnya, rasanya masih dalam trend menaik, RASAnya la.. orang baru nak belajar, masih merangkak lagi. hehe...

Seminar pada bulan Disember akan meliputi Kelantan, Kuala Terengganu, Kuala Lumpur, Sungai Petani, Penang, Ipoh dan Johor Bahru. Bagi mereka yang masih baru atau berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, korang perlu hadir ke seminar ini. Para penceramah takkan guna ayat-ayat yang susah nak difahami, dengan kata lain, mereka lebih menumpukan kepada educational knowledge dan setiap orang yang hadir ke seminar ini sedar akan kelebihan dan kepentingan emas.

Ok, ini jadual seminar untuk bulan Disember 2010.

Hari Masa Tajuk Negeri Tempat
Khamis
.
16/12/2010
8.30 malam - 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kelantan Public Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank)
Jumaat
.
17/12/2010
8.30 malam - 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuala Terengganu Ming Star Hotel,
Jalan Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu
Sabtu
.
18/12/2010
8.30 malam - 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway,
Ahad
.
19/12/2010
10 pagi – 12 tengahari. (take note: waktu pagi) Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Gombak, Selangor Dewan Sekolah Rendah Daruttarbiah Al-Islam, Taman Melewar, Gombak. Penceramah:
Syukor Hashim dan Dr. Luv  
Selasa
.
21/12/2010
8.30 malam - 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani
Rabu
.
22/12/2010
8.30 malam - 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Penang Public Gold Bishop Street Branch No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
Khamis
.
23/12/2010
.
8.30 malam - 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Ipoh Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak
Rabu
.
29/12/2010
.
8.30 malam - 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Johor Bahru Public Gold Taman Perling Branch
45A & B, Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor.

So ajakla kaum keluarga, jiran tetangga, sahabat handai sume2 dtg ramai2 dengar seminar yang sangat2 menguntungkan bagi sesapa yg belum terbuka minda untuk mengetahui pasal pelaburan emas ni. Perkara ni diakui sendiri oleh En. Syukor di mana kebanyakan peserta seminar sebelum ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan. Layanz...

Tuesday, December 14, 2010

Video: Emas Rahsia Kekuatan Ekonomi Islam

Salam.. Jom layan klip video temubual "Apa Khabar Selangor" dengan Ustaz Othman Hamzah, salah seorang ejen BijakEmas yang sekarang adalah salah seorang Master Dealer.

Tajuk temubual pada kali ini ialah Emas Rahsia Kekuatan Ekonomi Islam. Makin ramai orang dah sedar kepentingan dan kelebihan emas ini. Seperti yang dikatakan oleh penemubual "Antara orang yang simpan duit kertas dengan orang yang simpan emas siapa lebih untung?" Layan....

Sumber: TVSelangor09




Monday, December 6, 2010

Jom tambah ilmu dengan Ebook Teknik Manipulasi Pelaburan Emas

Salam pembaca Guaemas. Semoga hari2 korang bertambah sukses, macam emas dan perak yg bertambah sukses hari demi hari. Berkesempatan ini, suka aku nak kongsikan dengan korang satu lagi ebook berkaitan emas. Aku perasan yang entri - Jom Kira Untung sambutannya sgt2 menggalakkan dan ramai yang berkongsi sesama kita. Alhamdulillah, ilmu yang ada kita cuba sampaikan dan sama2 kita dapatkan manfaatnya.
Korang tau tak sebenarnya kita boleh maksimumkan keuntungan dari cara memanipulasi Ar-Rahnu tersebut?

Ye, memang ada caranya. Terima kasih kepada penulis Ebook "Teknik Manipulasi Pelaburan Emas", En.Khairulnizam Ngadimon kerana telah berkongsi ilmu dan idea untuk teknik ini. Aku sangat bertuah kerana berjaya mendapatkan ebook ni pada harga promosi. Sekarang aku tgh dalam proses untuk belajar cara2 menganalisis graf, dah macam orang main Forex! Ye, dalam ebook ni diajar semuanya, dari segi meng-install, diberi sekali aplikasinya, dan yg paling best, dikongsi cara2 yg berkesan untuk mengetahui bila harga emas turun dan bila harga emas akan naik! yang telah dipraktikkan beliau selama 2 tahun. Maknanya memang best la kalau kita nak pajak dan tambah2 stok emas baru. Boleh la dapat untung yang maksimum!

Selain tu, penulis juga ada berkongsi pelbagai ilmu berkaitan emas dan bonus-bonus tambahan (Bonus utama seperti gambar di atas). Dalam erti kata lain, kalau korang adalah newbie dalam dunia emas ni pon boleh mendapatkan ebook ini. Korang student? Korang akan didedahkan dengan satu kisah benar bagaimana seorang student boleh menyimpan emas dengan banyak dengan wang yang minima. Pakai duit PTPTN jer pun boleh...
Dah tak sabar nak dapatkan ebook ni? klik sahaja link ni: Ebook Teknik Manipulasi Pelaburan Emas

P/S: Baru-baru ini jualan pra-pelancaran sahaja menyaksikan kuota 50 unit pertama terjual. Kuota jualan untuk pakej ini dihadkan kepada 300 unit sahaja, dan selepas itu penulis akan mempertimbangkan untuk jualan dibuka semula atau pun DI TUTUP TERUS. .!!! So cepat bertindak!
Related Posts with Thumbnails