Thursday, July 7, 2011

Harga Emas FGJAM naik lagi!

Salam warga GuaEmas..

Malam ni (siang di New York), emas menunjukkan kenaikkan mencecah USD1533/Oz. Dalam masa yang same, harga emas di FGJAM (http://www.fgjam.org.my/) - website di mana kedai-kedai emas akan refer untuk harga emas semasa, menunjukkan kenaikkan juga. Harga emas 999 mencecah RM177/gram! Maknenya kalau emas 20gram korang beli kat kedai, harganya = RM177x20 = RM3540! tu belum masuk kos2 yg lain. Cuba tgk harga emas Public Gold pula, kalau ikut waktu sekarang (waktu NY), 2.15pm, emas 20gram = RM3337 sahaja, tiada apa2 kos tambahan. Kalau bernasib baik, dealer bole bagi diskaun lagi. hehe..
Perbezaan harga emas di antara FGJAMdan Public Gold

Psst, kalau ikutkan trend tahun-tahun lepas, emas akan mula "naik belang" dalam bulan 8. Harap2 tahun ni pun sama jugak..

Monday, May 2, 2011

Emas Menggila


Well, sudah terang lagi bersuluh.. kalau sape2 yg dah simpan emas time 2009 dulu memang goyang kaki jela.. ni baru betul punya goyang kaki ni. MLM pon xdapat camni! hehe.


Dengar citer Public Gold bakal keluarkan produk baru - 10gram. Dorang cuma bagi hint kat Facebook. Sila add dorang kat sini : PG IB
xpe, kalau betul jadi nanti akan aku maklumkan kat korang.. tunggu....

Monday, April 25, 2011

Kadar inflasi di Malaysia membimbangkan


Oleh: Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 18 Feb: Kaji selidik yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kadar inflasi di negara ini akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013.
Berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) menjelaskan, awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011 yang menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat.
Presidennya, Datuk Marimuthu Nadason berkata, inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam beberapa bulan akan datang dan kini penganalisa mempersoalkan sama ada Bank of England sudah kehilangan kredibiliti.
Katanya, pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus pada Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan paling kuat terhadap inflasi.
"Kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Inflasi di negara ini, menurut beliau, bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan pemansuhan subsidi di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). 
Sementara itu, dalam laman webnya, consumerkini, Fomca menjelaskan, kadar inflasi di Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan.
Peningkatan itu, katanya, sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010.
Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010.
Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.
Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus.

Petikan akhbar Harakahdaily.net

Walaupun kadar inflasi di negara kita masih dikatakan rendah, tapi kewujudan inflasi itu sendiri menyebabkan wang kertas kita sedikit demi sedikit membuatkan ia tak bernilai dan semakin hilang nilainya.. Padahal emas dan perak adalah kalis inflasi dan nilainya semakin meningkat saban tahun.. Kalau korang masih menyimpan duit di bank atau simpan dibawah bantal sekalipon pikir2 la...

Thursday, April 21, 2011

Emas Hong Kong catat rekod tertinggi


SEORANG wanita berjalan melintasi sebuah kedai menjual barang kemas di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Emas di Hong Kong mencatat jualan lebih AS$1,500 (RM4,522) satu auns (28.34 gram) semalam kerana para peniaga mencari pasaran selamat di tengah kebimbangan masalah ekonomi global.
Logam bernilai itu mencatat harga pada AS$1,500 hingga AS$1,501 (RM4,525) setiap satu auns beberapa hari selepas Standard & Poor's menurunkan hutang Amerika Syarikat (AS) dari negatif kepada stabil.
Harga emas di negara itu sebelum ini mencatat harga AS$1,495 (RM4,507) hingga AS$1,496 (RM4,510) satu auns.
Para penganalisis menyatakan bahawa kesan kenaikan harga emas itu adalah akibat ketegangan yang sedang berlaku di Asia Barat, Afrika Utara dan zon Eropah serta kebimbangan hutang tinggi AS.
Sementara itu di London, harga emas turut melonjak melebihi AS$1,500 satu auns buat kali pertama semasa dolar AS berada dalam keadaan lemah selain kebimbangan inflasi tinggi dan hutang.
Keadaan itu menyebabkan para pelabur beralih kepada emas yang merupakan satu pelaburan yang selamat.
Harga emas mencecah AS$1,505.65 (RM4,539) satu auns di Pasaran Jongkong London sebelum diniagakan pada harga AS$1,503.60 (RM4,533) satu auns. - Agensi

petikan akhbar Kosmo!

p/s: Para pelabur dah mula beralih kepada pelaburan emas yang terbukti selamat dan kalis inflasi. Korang bila lagi?

Saturday, April 16, 2011

Kedai emas semakin lengang


KEADAAN salah sebuah kedai emas yang semakin kurang dikunjungi pelanggan di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.
Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.
Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.
“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.
“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.
Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.
Seorang lagi peniaga kedai emas, Nani Ali, 36, berkata, walaupun harga emas naik namun ia tidak memberi keuntungan kepada peniaga komoditi itu.
“Apabila harga naik, orang tak mahu datang beli. Kebanyakan peniaga emas pening kepala dan kalau keadaan ini berterusan, mungkin ada yang terpaksa tutup kedai,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Petikan akhbar Kosmo!

Sunday, April 10, 2011

Harga Emas Tertinggi

Assalamu'alaikum warga Guaemas...

Alhamdulillah, kita yang menyimpan emas dan perak ni memang sangat2 bertuah, tambah2 yang dah mula menyimpan semenjal puluhan tahun dahulu, juga yang mewarisi harta pusaka peninggalan nenek moyang kita... walaupun sebelum ni banyak desas-desus mengatakan harga emas akan turun pada tahun ni, tapi tu sume hanya penaakulan semata2.. Ironinya? Sila nikmati harga emas dan perak di Malaysia yang ditutup paling tinggi selama emas ni wujud.... (USD1475/Oz)

Harga emas, perak dan dinar Public Gold
Insya Allah emas dijangka mencecah USD1500/Oz pada masa terdekat ni. Harap-harap minggu depan ni emas mengekalkan prestasi "cemerlang" beliau. hehe... So kepada yang belum bermula, jangan berlengah dan mulakan simpanan korang dlm bentuk emas. Tak perlu nk melabur banyak kalau korang rase tak berbaloi, ckup sekadar 1 dinar dahulu. Nanti bila dah rasa "aura" emas tu nanti, bole la tambah skit-skit sampai jadi bukit... ;)

Monday, February 21, 2011

Beli Emas Sekarang...!!!


Salam pembaca guaemas dan peminat2 emas semua. Sekadar nak berpesan kepada semua dan harap disampaikan juga kepada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai yg lain. Dari kebanyakan pendapat pakar penganalisis harga emas, semuanya menjangkakan harga emas bakal meninggi untuk bulan-bulan yang akan datang. Makna kata, trend harga emas dah mula naik dan waktu membeli dah tiba! Kita tengok sendiri harga emas minggu lepas, harga pembukaan pd hari Isnin ialah USD1357/Oz dan harga penutup pd hari Jumaat ialah USD1389/Oz!. Kenaikan sebanyak USD32. Ini disebabkan oleh ketidakstabilan politik di Asia Barat yang semakin meruncing, so kita yang menyimpan emas ni bole la rasa tempiasnya.. Harga emas pada saat artikel ni ditulis dah pon berada pada USD1390/Oz. Kalau ikutkan teknikalnya, trend resistance sedang berlaku dan seandainya trend berjaya mengatasi barrier USD1400, trend kenaikan dijangka akan mengatasi 'previous high' pada USD1430! So yang mane belum masih belum membeli tu skarang lah masa yg terbaik utk memulakan simpanan korang.. insya Allah korg takkan menyesal...

Monday, January 17, 2011

Beza sangat kan?

Salam.. just nak bgtau pasal harga emas kat http://www.fgjam.org.my/. Dorang update harini tp harga emas tetap RM166/gram walaupon emas tengah dlm trend menurun sekarang ni.. (dah mencecah 1359/Oz - so maknenya harga emas pada harga spot ialah lebih kurang hanya RM134/gram sahaja!!!) Sekarang ni ramai la yg tambah stok dan beli emas sebab mmg harga sgt2 rendah skarang ni.. Apepon, korang nilai kan sendri yea pasal kes di bawah ni..

Harga Emas yang disarankan di kedai2 emas
Carta emas setakat pukul 5pm

PERHATIAN!!!  - Mesej dari Public Gold...

Transaksi order emas di Public Gold akan digantung selama Tahun Baru Cina.
Kerana pengeluarannya ditutup mulai 1 hingga 10 Februari 2011 untuk perayaan Tahun Baru Cina, kami akan menghentikan produk di bawah ini mulai dari tempahan yang berkuatkuasa dari tarikh 1 hingga 10Februari 2011 , peniaga dan pelanggan tidak akan dapat membuat order selama tempoh ini . Namun, produk yang tidak disenaraikan di bawah tidak akan terjejas, pengedar dan pelanggan masih boleh membuat tempahan seperti biasa.

Produk yang akan digantung dari tempahan:
1) Public Gold Bullion Bar 20g (Au 999.9)
2) Public Gold Bullion Bar 50g (Au 999.9)
3) Public Gold Bullion Bar 100g (Au 999.9)
4) Public Gold Coin 50g (Au 999.9)
5) Public Gold 1 Dinar 4.25g (Au 916)
6) Public Gold 5 Dinar 21.25g (Au 916)
7) Public Gold 10 Dinar 42.5g (Au 916)



Sunday, January 2, 2011

Berapa kenaikan emas 2010?


Salam warga GuaEmas... Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi Allah pada Tahun 2011 ini.. Berkesempatan dengan ini, masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua.. Semoga dengan kedatangan tahun baru ni kita semua diberi peluang untuk bertambah sukses, seiring dengan kenaikan harga emas... ;) amin...

Harga emas ditutup tinggi minggu lepas pada penghujung tahun 2010.. Ini secara langsung menaikkan kenaikan harga emas sebanyak 29.76% sepanjang tahun lepas...!!! Tengok graf di bawah:

Graf kenaikan emas pada tahun 2010

Harga emas ditutup pada USD1421/Oz sejak jumaat lepas. Harga yang agak tinggi aku kira sejak emas berlegar-legar sekitar USD1350/Oz ke USD1390/Oz pada minggu-minggu sebelumnya. Sebelum krismas haritu harga emas jatuh kejap, ingatkan boleh maintain pada minggu sebab ramai yang masih dalam 'mode' cuti nak sambut tahun baru tapi rupa-rupanya sebelum tahun baru pon dah naik.. Alhamdulillah. Rasanya bila market dah open balik minggu depan boleh naik lagi tinggi ni. Kita tunggu dan lihat...

Harga produk Public Gold yang ditutup minggu lepas

Kita diingatkan untuk tidak terlalu taksub dengan kenaikan harga emas ni. Macam-macam spekulasi orang ramai dan pakar-pakar ekonomi pasal emas ni. Yelah, emas ni harga nya terlalu cepat naik dan tak mustahil harga nya boleh turun dengan mendadak seperti harga-harga barangan komuditi yg lain, MUNGKIN... Aku tak berani nak kata harga emas bole mencapai 30% untuk tahun 2011 tapi suka aku nak tegaskan di sini bawahasanya emas dan perak adalah aset, harta dan kekayaan yang sebenar! Kalau korang yang beragama Islam, kita pegang saja kepada hadis di bawah ni,

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Apapon pihak GuaEmas mendoakan kejayaan dan kecemerlangan kepada semua pihak. Harapan aku agar tahun ni akan menjadi tahun yang lebih sukses, lebih masyuk dari tahun-tahun sebelum ni kpd kita semua.. insya Allah.. Mari berazam untuk lebih sukses tahun ni seperti kartun SENYUM KAMBING kat sebelah kiri blog ni... :D
Related Posts with Thumbnails