Monday, April 25, 2011

Kadar inflasi di Malaysia membimbangkan


Oleh: Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 18 Feb: Kaji selidik yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kadar inflasi di negara ini akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013.
Berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) menjelaskan, awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011 yang menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat.
Presidennya, Datuk Marimuthu Nadason berkata, inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam beberapa bulan akan datang dan kini penganalisa mempersoalkan sama ada Bank of England sudah kehilangan kredibiliti.
Katanya, pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus pada Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan paling kuat terhadap inflasi.
"Kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Inflasi di negara ini, menurut beliau, bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan pemansuhan subsidi di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). 
Sementara itu, dalam laman webnya, consumerkini, Fomca menjelaskan, kadar inflasi di Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan.
Peningkatan itu, katanya, sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010.
Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010.
Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.
Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus.

Petikan akhbar Harakahdaily.net

Walaupun kadar inflasi di negara kita masih dikatakan rendah, tapi kewujudan inflasi itu sendiri menyebabkan wang kertas kita sedikit demi sedikit membuatkan ia tak bernilai dan semakin hilang nilainya.. Padahal emas dan perak adalah kalis inflasi dan nilainya semakin meningkat saban tahun.. Kalau korang masih menyimpan duit di bank atau simpan dibawah bantal sekalipon pikir2 la...

Thursday, April 21, 2011

Emas Hong Kong catat rekod tertinggi


SEORANG wanita berjalan melintasi sebuah kedai menjual barang kemas di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Emas di Hong Kong mencatat jualan lebih AS$1,500 (RM4,522) satu auns (28.34 gram) semalam kerana para peniaga mencari pasaran selamat di tengah kebimbangan masalah ekonomi global.
Logam bernilai itu mencatat harga pada AS$1,500 hingga AS$1,501 (RM4,525) setiap satu auns beberapa hari selepas Standard & Poor's menurunkan hutang Amerika Syarikat (AS) dari negatif kepada stabil.
Harga emas di negara itu sebelum ini mencatat harga AS$1,495 (RM4,507) hingga AS$1,496 (RM4,510) satu auns.
Para penganalisis menyatakan bahawa kesan kenaikan harga emas itu adalah akibat ketegangan yang sedang berlaku di Asia Barat, Afrika Utara dan zon Eropah serta kebimbangan hutang tinggi AS.
Sementara itu di London, harga emas turut melonjak melebihi AS$1,500 satu auns buat kali pertama semasa dolar AS berada dalam keadaan lemah selain kebimbangan inflasi tinggi dan hutang.
Keadaan itu menyebabkan para pelabur beralih kepada emas yang merupakan satu pelaburan yang selamat.
Harga emas mencecah AS$1,505.65 (RM4,539) satu auns di Pasaran Jongkong London sebelum diniagakan pada harga AS$1,503.60 (RM4,533) satu auns. - Agensi

petikan akhbar Kosmo!

p/s: Para pelabur dah mula beralih kepada pelaburan emas yang terbukti selamat dan kalis inflasi. Korang bila lagi?

Saturday, April 16, 2011

Kedai emas semakin lengang


KEADAAN salah sebuah kedai emas yang semakin kurang dikunjungi pelanggan di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.
Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.
Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.
“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.
“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.
Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.
Seorang lagi peniaga kedai emas, Nani Ali, 36, berkata, walaupun harga emas naik namun ia tidak memberi keuntungan kepada peniaga komoditi itu.
“Apabila harga naik, orang tak mahu datang beli. Kebanyakan peniaga emas pening kepala dan kalau keadaan ini berterusan, mungkin ada yang terpaksa tutup kedai,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Petikan akhbar Kosmo!

Sunday, April 10, 2011

Harga Emas Tertinggi

Assalamu'alaikum warga Guaemas...

Alhamdulillah, kita yang menyimpan emas dan perak ni memang sangat2 bertuah, tambah2 yang dah mula menyimpan semenjal puluhan tahun dahulu, juga yang mewarisi harta pusaka peninggalan nenek moyang kita... walaupun sebelum ni banyak desas-desus mengatakan harga emas akan turun pada tahun ni, tapi tu sume hanya penaakulan semata2.. Ironinya? Sila nikmati harga emas dan perak di Malaysia yang ditutup paling tinggi selama emas ni wujud.... (USD1475/Oz)

Harga emas, perak dan dinar Public Gold
Insya Allah emas dijangka mencecah USD1500/Oz pada masa terdekat ni. Harap-harap minggu depan ni emas mengekalkan prestasi "cemerlang" beliau. hehe... So kepada yang belum bermula, jangan berlengah dan mulakan simpanan korang dlm bentuk emas. Tak perlu nk melabur banyak kalau korang rase tak berbaloi, ckup sekadar 1 dinar dahulu. Nanti bila dah rasa "aura" emas tu nanti, bole la tambah skit-skit sampai jadi bukit... ;)
Related Posts with Thumbnails