Assalamualaikum... Salam lebaran 1431H kepada sume umat Islam...
Alhamdulillah, harga emas dah menjangkau USD1270/oz skarang ni. 5 hari dok kat kampung tertanya2 harga semasa emas. Terputus sekejap dgn dunia internet sepjg kat kampung. So bersempena raya ni, sronok ler bebudak yg belum cukup umur mahupon yg dah cukup umur dpt duit raya. Aku pon beraya sebagai bapa buat pertama kalinya pd tahun ni. Tak abis2 org sedekah kat anak kita, mmg rase mcm nk kembali ke zaman budak2 kan? hehe...
Kita sebagai ibu-bapa mahupun jika korang pon masih mendapat duit raya (especially rakan2 yg masih belajar), nk buat dgn duit raya ni? Menjoli? Shopping sakan? Lantak korangler. Kepada yg mempunyai matlamat, meh bace selanjutnya. Sebenarnya amat besar tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak terutama soal pendidikan. Dan adakah semua ibu bapa mampu dengan pendapatan yang rendah. Bagaimana agaknya masa depan anak-anak masa akan datang? Adakah kita telah menyediakan simpanan dari sekarang untuk 15 tahun akan datang ?
Coretan pada kali ini juga berkaitan dengan anak-anak iaitu simpan emas untuk anak-anak.Artikel ini memang sesuai untuk direnung bagi mereka yang sudah berstatus ibu dan ayah.Bagi mereka yang belum berstatus ibu dan ayah amat sesuai sekali untuk direnung kerana suatu hari nanti korang juga bakal bergelar ibu dan ayah.
Cuba kita buat Analisa dan Pengiraan :
Katakan umur anak korang sekarang 3 tahun dan dalam masa 15 tahun usia anak anda adalah 18 tahun ( usia untuk memasuki pusat pengajian tinggi).
Katakan sekarang korang tukar duit raya tu dan beli emas 50 gram dengan nilai RM7171.00 (byknya duit raya anak korang dpt! ini contoh ye) Purata kenaikkan harga emas dalam masa 1 tahun adalah +- 27% (Rujuk sejarah kenaikan harga emas di www.kitco.com) . So dalam masa 15 tahun emas yang korang bakal miliki akan bernilai RM 256,593!
Harga emas sekarang (September 2010)Katakan sekarang korang mempunyai duit fiat / duit kertas berjumlah RM 7171.00. Persoalannya, bolehkah nilai RM 7171.00 bertukar menjadi RM 256,593 kalau disimpan begitu sahaja? ASB? Fix Deposit? Agak-agak boleh ke mencapai kenaikan 27% dalam setahun?
1 gram = RM143.42
50 gram = RM7171.00
Dengan andaian kenaikan harga emas purata 27% setahun;
Harga emas pada tahun 2025
50 gram = RM 256,593!
Tahun 2011 = RM 9,035
Tahun 2012 = RM 11,474
Tahun 2013 = RM 14,571
Tahun 2014 = RM 18,505
Tahun 2015 = RM 23,501
Tahun 2016 = RM 29,846
Tahun 2017 = RM 37,904
Tahun 2018 = RM 48,137
Tahun 2019 = RM 61,133
Tahun 2020 = RM 77,638
Tahun 2021 = RM 98,600
Tahun 2022 = RM 125,222
Tahun 2023 = RM 159,031
Tahun 2024 = RM 202,042
Tahun 2025 = RM 256,593!
Bagaimana? Adakah korang dah mula nampak dan sedar? Waktu anak korang dah start masuk universiti nanti xpayah pikir pasal pembiayaan dia, nak pinjam sana, nak pinjam sini. Macamane plak kalau dpt Biasiswa? Alhamdulillah, emas tu nanti boleh la dia beli rumah , kereta dan buat belanja kahwin! :)
Tepuk dada, tanya selera...
Salam... Ada sikit kekeliruan kat kiraan diatas. Kiraan secara compounding memang dapat RM256,593, tp kiraan berdasarkan fizikal emas yg tidak ditambah dan hanya menunggu keuntungan selepas 14 tahun dgn kenaikan 30% hanyalah 420% dari initial nilai emas. Nilai emas tidak akan melebihi RM37947 selepas 14 tahun.....
ReplyDelete