Sunday, October 3, 2010

Emas dan Scam

Salam. Alhamdulillah, emas dah semakin "menjadi2" sekarang. dah tak gheti2 nak turun! hehe.. seronok la untuk orang yg dah ada memiliki emas. Yang masih berfikir2 atau belum ada lagi, masih belum terlambat.

Harga Public Gold dan Public Dinar weekend ni
Pada 23hb September 2010 lepas, sekali lagi berita tentang Public Gold terpampang dalam akhbar tempatan. Dengan cara ini, Public gold nampak memang sangat serius untuk memajukan perniagaan mereka yang telah dengan jelas menunjukkan mereka ini bukan dari kalangan SKIM PELABURAN EMAS.
keratan akhbar harian metro : 23 September 2010
Masih terdapat segelintir orang yang tak tahu pasal Public Gold ni beranggapan yg mereka juga dari kalangan Skim Pelaburan Emas. Korang bole refer artikel pasal skim ni kat [sini]. Kadang2 ada yg bertanya; 


"Berapa banyak dividen yang aku dapat bulan2 kalau beli Emas Public Gold ni?"
Suka aku nyatakan dan terangkan di sini yg pihak Public Gold tidak ada kena mengena dengan mana2 skim atau bentuk2 pelaburan yg menjanjikan pulangan tetap. Baru2 ni aku ada terdengar tentang satu aktiviti yang menjalankan so called "Online Business". Mengikut keterangan yg diterima, mereka adalah sub kepada satu syarikat MLM yg agak famous. Tapi group ni ada cara mereka tersendiri untuk mengatasi masalah kewangan dan salah satu modus operandi mereka adalah dengan melabur emas Public Gold. Tujuan dan objektif mereka ni dah baik, di mana ahli2 akan diajar cara2 melabur di ASB dan menggunakan teknik OD. Tapi yg xbestnya mereka dipaksa membuat loan sehingga mencecah RM50k utk tujuan2 yang tersebut. Dah la menggunakan emas Public Gold sebagai umpan. Kan bagus kalau RM50k tu dilaburkan untuk membeli emas Public Gold sepenuhnya, dpat jadi agen lagi. Hopefully benda ni tak mencemarkan nama baik Public Gold.
Ok lah, kat sini aku sertakan tips kepada mereka yg betul2 berminat nak join mana2 bentuk pelaburan emas.
1. Sebelum melabur, pastikan syarikat tersebut benar-benar berdaftar dengan Bank Negara Malaysia.Contohnya seperti syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd sendiri;
keratan akhbar harian metro : 22 Oktober 2009
2. Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. Korang boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
3. Emas yang dijual adalah mengikut harga emas pasaran semasa dunia. Emas Public Gold (PG) adalah berdasarkan emas di www.kitco.com yang mana harganya adalah lebih rendah berbanding Federation of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia
4.  Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan mengurangkan keuntungan pelabur.

5. Pastikan bila membeli emas, korang mendapat emas waktu itu juga. Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur. Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI! Ingat! Beli Emas, .Dapat Emas!
6. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas korang kepada syarikat untuk didagangkan, pastu bulan-bulan dapat 1%, 2%, 3% (dividen) la.. JANGAN SERTAI! Ini adalah risiko yang sangat tinggi.


7. Exit cost – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas korang? Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan korang.


8. Cuba kira kerugian korang dalam ‘worst case senario’. Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen, minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali. Jadi korang boleh tahu risiko awal-awal.


9. Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI. Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat. Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.


10. Kalau korang takut risiko, jangan sesekali joint skim pelaburan emas. Beli je emas ketul dari kami! ;)
tips dipetik dari: http://www.inspirasiemas.com/ dan http://jutawanemas.com/


Kesimpulan:

Jadilah pelabur yang bijak. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis orang mahupun syarikat2 menawarkan pulangan yg tinggi dalam masa yg singkat. Emas adalah satu bentuk pelaburan yang boleh menjanjikan pulangan yg tinggi kalau korang tahu cara-caranya.. Simpan dan melaburlah dengan selamat...

Say No to SKIM PELABURAN EMAS / SKIM CEPAT KAYA!~

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails