Monday, October 18, 2010

Perak - adik Emas


Salam warga Guaemas.. Amacam harga emas harini? Korang dan emas korg sihat? Alhamdulillah.. hehe. xpela harga jatuh skit.. Bolehla nak tambah stok atau rolling untuk tambah stok baru. Harini aku xnak citer pasal emas, nak citer pasal adik beliau pulak, iaitu PERAK aka SILVER.

Umum mengetahui kalau dalam sesuatu acara terutama dalam acara sukan, perak adalah sebagai hadiah tempat kedua selepas emas. Dalam erti kata lain, perak ni ada nilai estetika dan keunikannya yang tersendiri seperti "abang" nya. Jom tengok dan analisa harga perak sepanjang 25 tahun yang lepas;


Carta Perak pada tahun 1985 - 1989

Carta Perak pada tahun 1990 - 1994

Carta Perak pada tahun 1995 - 1999

Carta Perak pada tahun 2000 - 2005

Carta Perak pada Bulan Oktober 2005

Carta Perak pada Bulan Oktober 2010

Carta Perak dalam tempoh 20 tahun - Kenaikan 469.90%!



Nampak tak perbezaan nya? Cuba tgk harga pada bulan October 2005; cuma sekitar USD7/Oz manakala pada bulan 13 Oktober 2010; harga nya dah menjadi USD24.50/Oz! Kenaikan sebanyak +-212%!!! Perak juga seiring dengan emas cuma harganya adalah jauh lebih murah. Mane bole lawan tokei kan? Tapi tak mustahil jika harga emas 10 tahun akan datang boleh jadi sama dengan harga EMAS pada hari ini. Yup, jika keadaan matawang terutama US Dollar yang semakin menemui kegagalan akan menyebabkan Perak dan Emas terus mendaki nilainya.Dirham adalah produk yang diperbuat daripada Perak. Mengenai zakatnya, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram. Boleh refer di sini.

Memandangkan aspek-aspek yang diberikan, maka syarikat Public Gold juga menawarkan Perak @ Silver ini yang diberi nama Public Silver kepada pelanggan-pelanggannya untuk dijadikan sebagai aset dan koleksi.
Setakat hari ini, mereka menyediakan 3 jenis koleksi Public Silver yang terdiri dari 250g, 500g dan 1kg.

Public Silver 250g
Public Silver 500g
Public Silver 1kg
Jom tengok harga Perak yang dijual oleh Public Gold pada hari ini;

Harga Public Silver pada 18/10/10

Kalau berminat boleh semak harga di sebelah kiri blog ini dan boleh contact aku bila-bila masa. Terima kasih kepada Public Gold kerana menyediakan ruang untuk kita semua sama-sama merasai hasil bumi ciptaan Allah S.W.T yang berharga ini kepada umat manusia. Say no to CAPITALIST! ;)

Monday, October 4, 2010

Untung ke?

Malas cakap banyak, lu pikirla sendiri...

Harga PG pada 10/04/09

Harga PG pada 24/10/09

Harga PG pada 24/09/10

Updated; jangan kelabu mata saje, bertindak dengan kadar segera...

Harga PG pada 05/10/10

Sunday, October 3, 2010

Emas dan Scam

Salam. Alhamdulillah, emas dah semakin "menjadi2" sekarang. dah tak gheti2 nak turun! hehe.. seronok la untuk orang yg dah ada memiliki emas. Yang masih berfikir2 atau belum ada lagi, masih belum terlambat.

Harga Public Gold dan Public Dinar weekend ni
Pada 23hb September 2010 lepas, sekali lagi berita tentang Public Gold terpampang dalam akhbar tempatan. Dengan cara ini, Public gold nampak memang sangat serius untuk memajukan perniagaan mereka yang telah dengan jelas menunjukkan mereka ini bukan dari kalangan SKIM PELABURAN EMAS.
keratan akhbar harian metro : 23 September 2010
Masih terdapat segelintir orang yang tak tahu pasal Public Gold ni beranggapan yg mereka juga dari kalangan Skim Pelaburan Emas. Korang bole refer artikel pasal skim ni kat [sini]. Kadang2 ada yg bertanya; 


"Berapa banyak dividen yang aku dapat bulan2 kalau beli Emas Public Gold ni?"
Suka aku nyatakan dan terangkan di sini yg pihak Public Gold tidak ada kena mengena dengan mana2 skim atau bentuk2 pelaburan yg menjanjikan pulangan tetap. Baru2 ni aku ada terdengar tentang satu aktiviti yang menjalankan so called "Online Business". Mengikut keterangan yg diterima, mereka adalah sub kepada satu syarikat MLM yg agak famous. Tapi group ni ada cara mereka tersendiri untuk mengatasi masalah kewangan dan salah satu modus operandi mereka adalah dengan melabur emas Public Gold. Tujuan dan objektif mereka ni dah baik, di mana ahli2 akan diajar cara2 melabur di ASB dan menggunakan teknik OD. Tapi yg xbestnya mereka dipaksa membuat loan sehingga mencecah RM50k utk tujuan2 yang tersebut. Dah la menggunakan emas Public Gold sebagai umpan. Kan bagus kalau RM50k tu dilaburkan untuk membeli emas Public Gold sepenuhnya, dpat jadi agen lagi. Hopefully benda ni tak mencemarkan nama baik Public Gold.
Ok lah, kat sini aku sertakan tips kepada mereka yg betul2 berminat nak join mana2 bentuk pelaburan emas.
1. Sebelum melabur, pastikan syarikat tersebut benar-benar berdaftar dengan Bank Negara Malaysia.Contohnya seperti syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd sendiri;
keratan akhbar harian metro : 22 Oktober 2009
2. Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. Korang boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
3. Emas yang dijual adalah mengikut harga emas pasaran semasa dunia. Emas Public Gold (PG) adalah berdasarkan emas di www.kitco.com yang mana harganya adalah lebih rendah berbanding Federation of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia
4.  Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan mengurangkan keuntungan pelabur.

5. Pastikan bila membeli emas, korang mendapat emas waktu itu juga. Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur. Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI! Ingat! Beli Emas, .Dapat Emas!
6. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas korang kepada syarikat untuk didagangkan, pastu bulan-bulan dapat 1%, 2%, 3% (dividen) la.. JANGAN SERTAI! Ini adalah risiko yang sangat tinggi.


7. Exit cost – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas korang? Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan korang.


8. Cuba kira kerugian korang dalam ‘worst case senario’. Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen, minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali. Jadi korang boleh tahu risiko awal-awal.


9. Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI. Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat. Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.


10. Kalau korang takut risiko, jangan sesekali joint skim pelaburan emas. Beli je emas ketul dari kami! ;)
tips dipetik dari: http://www.inspirasiemas.com/ dan http://jutawanemas.com/


Kesimpulan:

Jadilah pelabur yang bijak. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis orang mahupun syarikat2 menawarkan pulangan yg tinggi dalam masa yg singkat. Emas adalah satu bentuk pelaburan yang boleh menjanjikan pulangan yg tinggi kalau korang tahu cara-caranya.. Simpan dan melaburlah dengan selamat...

Say No to SKIM PELABURAN EMAS / SKIM CEPAT KAYA!~

Tuesday, September 28, 2010

Klip Wajib Tonton

Ceramah oleh Sheikh Imran Hossein mengenai Islam dan sistem kewangan antarabangsa, bagaimana sistem yang berkonsepkan riba ini telah membentuk satu konsep perhambaan moden yang mana yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Tontonan wajib untuk seluruh umat manusia, kecualilah korang tergolong dalam manusia yang tidak mampu lagi berfikir.

























Sumber: Shafandy Channel | http://www.youtube.com/user/shafandy

Wednesday, September 22, 2010

Harga emas menjejaki USD1290/oz!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Amacam? Best tak tengok harga emas sekarang? Dengan sukacita ingin dimaklumkan yang harga emas telah mencecah usd1290/oz!….Jadi ramalan yang mengatakan emas mungkin akan mencecah USD1300/oz mungkin akan tercapai. Sila tgk harga terkini;

Harga Public Gold

Harga Public Dinar
Yang mane yg dah memiliki emas senyum lebar ler sampai ke telinga.. Yg lain2 macamane? Ha, apa? Sakit jantung? Sakit hati? Awat? heheh..ni kes menyesal sebab tak simpan emas dari awal la ni? Takpe, masih belum terlewat pun.
Dari dulu lagi orang selalu cakap, "Alamak..nyesalnye x beli awal2.." dan sampai la sekarang, betul tak? Mana tak nya..semakin ditunggu semakin mahal lak harga emas ni.. Sifu kita, En.Syukor slalu bgtau, kalau ada duit, bila2 masa boleh beli emas dan tunggu harga dia "mendaki".


Harga emas ni tak boleh dikawal. Tak macam wang ringgit..
Harga emas memang ade turun naik..tapi bila nak turun kita tak pasti..yang pastinya harga emas mesti dalam trend menaik untuk tempoh masa yang panjang.

Jadi, kenapa perlu beli emas bila ada duit?

Sebab emas ni adalah pelaburan jangka panjang..jadi, dalam masa singkat memang harga emas akan nampak macam turun naik..tapi walaupon graf dia turun naik, harga emas tetap dalam trend menaik..Jadi tak rugi beli emas walaupun harga emas sekarang tengah mahal..

Tapi kenapa nak kena beli emas masa emas tengah mahal??

ok, kalau dulu orang cakap harga emas rm100/gram orang dah cakap mahal la..nak tunggu turun jadi RM90/gram..Ok, lepas tu..bila harga emas naik lagi..jadi RM 120/gram?? ala..mahal lagi la..nak kena tunggu harga emas turun sket..jadi RM110/gram. tapi bila skrg?? harga emas RM145/gram?? ala..mahal lagi la…dan ulangi statement2 di atas....

Kalau camtu, memang kompem orang takkan beli emas punya.. Sebab emas mmg kompem2 akan mahal, tak pernah orang kata murah. Tak percaya?? ok..jom kita tengok graf kat bawah ni

Carta Emas dalam tempoh setahun
Carta Emas dalam tempoh 5 tahun

Graf di atas adalah dalam jangka masa setahun dan 5 tahun iaitu sejak tahun 2005..Kalau dulu bulan September 2005, harga emas hanyalah USD480/Oz tapi sekarang? (masa tu pun orang dah kata mahal)..tapi hari ini? dah pon sampai USD1293/Oz, dah cipta satu lagi REKOD BARU harga emas, kenaikan sebanyak lebih kurang +-200% dalam masa 5 tahun.. WOW!

So sekarang ni baru orang nak mengaku, harga emas masa 5 tahun sudah murah la..nanti 5 tahun akan datang mungkin orang akan kata.."alahai..menyesalnye tak beli emas masa RM140/gram haritu..."

Jadi, kita kena igt..kata kunci nya mudah..lagi lama emas disimpan, lagi nampak kesan kenaikan harga emas.. 

Tak sabar2 nak order emas dah? hehe.. boleh2, tgk harga kat sebelah kiri blog ni, pastu anytime je bole lock harga. Klau nak tau lebih lanjut pasal emas, try usha artikel2 lain dlm blog ni or blog2 seangkatan.. tp jgn amik masa lama2. ;)

Tepuk dada, tanya selera...
Jangan biarkan hidup anda diselubungi HARGA EMAS yang mendaki...

Wednesday, September 15, 2010

Duit Raya Anak-anak = Emas


Assalamualaikum... Salam lebaran 1431H kepada sume umat Islam...

Alhamdulillah, harga emas dah menjangkau USD1270/oz skarang ni. 5 hari dok kat kampung tertanya2 harga semasa emas. Terputus sekejap dgn dunia internet sepjg kat kampung. So bersempena raya ni, sronok ler bebudak yg belum cukup umur mahupon yg dah cukup umur dpt duit raya. Aku pon beraya sebagai bapa buat pertama kalinya pd tahun ni. Tak abis2 org sedekah kat anak kita, mmg rase mcm nk kembali ke zaman budak2 kan? hehe...

Kita sebagai ibu-bapa mahupun jika korang pon masih mendapat duit raya (especially rakan2 yg masih belajar), nk buat dgn duit raya ni? Menjoli? Shopping sakan? Lantak korangler. Kepada yg mempunyai matlamat, meh bace selanjutnya. Sebenarnya amat besar tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak terutama soal pendidikan. Dan adakah semua ibu bapa mampu dengan pendapatan yang rendah. Bagaimana agaknya masa depan anak-anak masa akan datang? Adakah kita telah menyediakan simpanan dari sekarang untuk 15 tahun akan datang ?

Coretan pada kali ini juga berkaitan dengan anak-anak iaitu simpan emas untuk anak-anak.Artikel ini memang sesuai untuk direnung bagi mereka yang sudah berstatus ibu dan ayah.Bagi mereka yang belum berstatus ibu dan ayah amat sesuai sekali untuk direnung kerana suatu hari nanti korang juga bakal bergelar ibu dan ayah.

Cuba kita buat Analisa dan Pengiraan :

Katakan umur anak korang sekarang 3 tahun dan dalam masa 15 tahun usia anak anda adalah 18 tahun ( usia untuk memasuki pusat pengajian tinggi).

Katakan sekarang korang tukar duit raya tu dan beli emas 50 gram dengan nilai RM7171.00 (byknya duit raya anak korang dpt! ini contoh ye) Purata kenaikkan harga emas dalam masa 1 tahun adalah +- 27% (Rujuk sejarah kenaikan harga emas di www.kitco.com) . So dalam masa 15 tahun emas yang korang bakal miliki akan bernilai RM 256,593!

Harga emas sekarang (September 2010)
1 gram = RM143.42
50 gram = RM7171.00

Dengan andaian kenaikan harga emas purata 27% setahun;

Harga emas pada tahun 2025
50 gram = RM 256,593!

Tahun 2011 = RM 9,035
Tahun 2012 = RM 11,474
Tahun 2013 = RM 14,571
Tahun 2014 = RM 18,505
Tahun 2015 = RM 23,501
Tahun 2016 = RM 29,846
Tahun 2017 = RM 37,904
Tahun 2018 = RM 48,137
Tahun 2019 = RM 61,133
Tahun 2020 = RM 77,638
Tahun 2021 = RM 98,600
Tahun 2022 = RM 125,222
Tahun 2023 = RM 159,031
Tahun 2024 = RM 202,042
Tahun 2025 = RM 256,593!
Katakan sekarang korang mempunyai duit fiat / duit kertas berjumlah RM 7171.00. Persoalannya, bolehkah nilai RM 7171.00 bertukar menjadi RM 256,593 kalau disimpan begitu sahaja? ASB? Fix Deposit? Agak-agak boleh ke mencapai kenaikan 27% dalam setahun?

Bagaimana? Adakah korang dah mula nampak dan sedar? Waktu anak korang dah start masuk universiti nanti xpayah pikir pasal pembiayaan dia, nak pinjam sana, nak pinjam sini. Macamane plak kalau dpt Biasiswa? Alhamdulillah, emas tu nanti boleh la dia beli rumah , kereta dan buat belanja kahwin! :)




Tepuk dada, tanya selera...

Tuesday, September 7, 2010

Kongsi Kejayaan Louis dan Kami Bersama Public Gold

Pendapatan pengasas Public Gold melonjak daripada RM1000,000 kepada RM10 juta dalam setahun.
Hasil idea bernas pengasasnya , Public Fine Gold International Sdn Bhd ( Public Gold ) yang menghasil dan menawarkan pelaburan emas dalam bentuk emas fizikal awal tahun 2008 dicatat sebagai syarikat tempatan pertama mengeluarkan jongkong emas dalam Malaysia Book of Records ( MBOR ) pada hujung 2008 dan tahun berikutnya syarikat itu direkod semula MBOR semula dengan penghasilan jongkong perak.
Berbekal idea pelaburan emas mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia kerana logam itu dianggap aset terungul yang mampu melindungi kekayaan daripada kesan inflasi dan deflasi biarpun berlaku kegawatan ekonomi , Public Gold berjaya melonjakkan pendapatannya daripada RM1000,000 ke RM10 juta dalam tempoh setahun.
Begitulah rekod Pengerusi Eksekutif syarikat itu , Louis Ng Chun Hau yang menerima pengiktirafan Usahawan Paling Berpotensi dalam Anugerah Usahawan Asia Pasifik 2010 (APEA 2010 ) di Kuala Lumpur.
Louis antara 44 tokoh korporat dan perniagaan tempatan yang menerima APEA 2010 yang disampaikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan , Dato Seri Ismail Sabri Yaacob.


APEA 2010 diadakan serentak dengan Anugerah Keusahawanan Bertanggungjawab Asia 2010 ( AKBA 2010 ) iaiatu pengiktirafan serantau anjuran Enterprise Asia bagi memberi penghargaan kepada usahawan yang bukan saja mencatatkan pencapaian luar biasa tetapi bertanggungjawab dan melabur untuk pekerjaanya.
Dalam pertemuan baru-baru ini , Louis nyata gembira dengan pencapaiannya , namun itu bukan alasan untuk berbangga diri mahupun mendabik dada menyatakan dirinya yang terbaik.Beliau lebih gemar merendah diri dengan menyatakan kejayaan diperolehi adalah hasil kerjasama “pasukan” yang mantap dan rahsia kejayaannya terkandung dalam moto hidupnya iaitu “Big Dream,Burning Desire,Stauch Perseverance”. Menurutnya , perniagaan tiada pengakhiran tidak baik , melainkan bisnes itu sendiri tidak baik dan kejayaan bergantung kepada pengurusannya.

Bagi Louis,pendekatan yang digunakan bagi membantunya mengurus Public Gold mencapai kejayaan dalam tempoh 2 tahun ialah sentiasa percaya dan akan berusaha menjayakan apa saja yang dirasakan betul.Saya juga berusaha memainkan peranan berkesan dalam merangka pelan perniagaan , strategi dan kepelbagaian perniagaan.Saya percaya tanpa komitmen menyeluruh dalam sesuatu bidang diceburi , kejayaan tidak mampu dicapai,” katanya.Public Gold kini mempunyai cawangan di Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan selain ibu pejabatnya di Bayan Lepas , Pulau Pinang – Harian Metro | 28 Ogos 2010 | Oleh : Kalidevi Mogan Kumarappa.

"Tahniah Mr. Louis dan Public Gold..."
.: guaemas.blogspot.com :.
Related Posts with Thumbnails